Salman Khan tiada masa untuk berkahwin

Salman Khan tiada masa untuk berkahwin

PELAKON yang juga adik ipar kepada aktor Salman Khan, Aayush Sharma memberitahu bahawa abang iparnya sehingga kini masih belum berkahwin kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya.

Ujar Aayush, Salman tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja yang sentiasa padat.



“Daripada pemerhatian saya terhadap kerjayanya, saya dapat simpulkan bahawa Salman terlalu sibuk sehingga dia tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan hidup.

“Kesibukan itu membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta dan berkahwin,” katanya.

Katanya lagi, menyentuh soal kehidupan abang iparnya itu, Salman mempunyai kehidupan yang sederhana. Bahkan pelakon tersebut juga menggunakan telefon bimbit yang sama sejak tiga tahun lalu.

“Dia (Salman) tidak begitu tertarik dengan gajet. Bukan itu sahaja, dia juga tidak berminat untuk membeli pakaian baharu. Kehidupannya cukup sederhana,” ujar Aayush. K Online



Salman Khan tiada masa untuk berkahwin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker