Alyah Akui Masa Dengan Suami Terhad Setiap Kali Musim GV, Jarang Keluar Makan Sama-Sama

Alyah Akui Masa Dengan Suami Terhad Setiap Kali Musim GV, Jarang Keluar Makan Sama-Sama

SETIAP kali Gegar Vaganza (GV) mula bersiaran, penyanyi Datin Alyah mengakui ruang masa dengan suaminya, Datuk Ramli MS yang juga juri tetap program itu menjadi terhad.

Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan berkata dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan memandangkan program realiti itu sudah pun berjalan lapan musim.

Malah, anak saudaranya iaitu Aqil yang selalu meluangkan masa bersama mereka di rumah juga memahami situasi tersebut

“Jujurnya tiap kali tiba musim GV, memang rutin seharian kami jadi agak berbeza. Jarang makan luar sama-sama. Iyelah, kata orang ia acara tahunan.

“Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya. Saya sedia maklum dengan situasi itu.

“Malah Aqil sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap uncle sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan video call.

“Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun sama beri komitmen yang tinggi.

Masing-masing cari rezeki,” katanya kepada mStar.

Alyah ditemui pada majlis memerterai perjanjian dengan Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor, pada Jumaat.

Perjanjian itu sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Alyah bersama produk kosmetik itu dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

Majlis itu turut melancarkan kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna akan dipilih untuk menggunakan produk berkenaan selama sebulan secara percuma

Dalam perkembangan kerjaya seni, Alyah meluahkan rasa terharu apabila lagu Thank You Allah kekal menjadi pilihan pendengar pelbagai peringkat usia.

“Rasa bersyukur sangat pada usia 40 tahun begini, kanak-kanak sampailah orang dewasa sukakan lagu kerohanian seperti itu. Ada yang kongsi di media sosial dan sebagainya.

“Terkejut juga saya. Saya tidaklah penyanyi viral sana sini. Tapi bagi saya itu rahmat paling besar dariNya.

“Hakikat itu menjadi perkara terawal yang saya fikir apabila lagu tersebut cepat menangkap halwa telinga pendengar,” katanya yang bakal melancarkan single baharu awal tahun hadapan

Alyah Akui Masa Dengan Suami Terhad Setiap Kali Musim GV, Jarang Keluar Makan Sama-Sama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker