Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan

Sebaran :

Wanita tersebut memukul suaminya dengan kuat sehingga menyebabkan lelaki dan wartawan tersebut terkejut dengan tindakannya. – Instagram

JAKARTA – Gara-gara cemburu, seorang isteri tidak dapat mengawal perasaannya lantas memukul bahu suaminya ketika ditemu bual oleh seorang wartawan perempuan, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi sebuah klip video yang dikongsikan di Instagram, seorang wartawan perempuan dilihat sedang menemu bual pasangan suami isteri tersebut.

Secara tiba-tiba si isteri memukul bahu suaminya dengan kuat beserta dengan raut wajah yang sedang marah sehingga membuatkan lelaki itu kelihatan bingung.

Wartawan tersebut turut terkejut dengan tindakan wanita berkenaan dan cuba untuk mengawal keadaan.



Video pendek itu menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen mengenai insiden tersebut.

“Bertenang encik. Jangan sesekali cuba berbahas dengan isteri anda,” kata seorang pengguna.

“Rupa-rupanya isterinya seorang atlet tinju,” gurau seorang lagi. – Agensi

Isteri pukul suami ketika ditemu bual wartawan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kerajaan perlu buat RCI siasat penglibatan 1MDB Zeti, suami

 


Sebaran :

Leave a Reply