Kerajaan perlu buat RCI siasat penglibatan 1MDB Zeti, suami

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengulangi gesaannya supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat skandal 1MDB.

Katanya, siasatan itu diperlukan untuk, antara lain, mendedahkan penglibatan bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan suaminya Tawfiq Ayman.

Minggu lalu SPRM mendedahkan bahawa AS$15.4 juta (RM65 juta) dalam dana berkaitan 1MDB telah dihantar pulang daripada akaun Cutting Edge Industries Ltd di Singapura.

Ini mendorong Puad untuk menggesa agar sebuah RCI ditubuhkan.

Cutting Edge Industries, yang dimiliki bersama oleh Tawfiq dan Samuel Goh, adalah penerima dana 1MDB yang diselewengkan yang pada asalnya diterima oleh syarikat lain yang dimiliki bersama oleh suami Zeti pada 2008 dan 2009.

The Edge juga mendakwa Tawfiq dipercayai antara rakan kongsi dalang 1MDB, Low Taek Jho dalam Abu Dhabi Malaysia Kuwait Investment Corporation (ADKMIC) ketika ia ditubuhkan pada 2007.

ADKMIC telah digunakan oleh Low antara 2011 dan 2013 untuk mencuci dana 1MDB yang diselewengkan semasa fasa Good Star.

Sementara itu, Goh terlibat dalam penubuhan dana untuk syarikat yang dikuasai oleh Low, Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI) – yang kemudiannya menerima dana daripada 1MDB.

“Soalnya kenapa Bank Negara lulus transaksi dana 1MDB ke luar negara tanpa di semak ketulenan akaun tersebut. Transaksi ke luar negara mesti ada kebenaran Bank Negara.

Tawfiq Ayman, Ahi Perniagaan

 

“Siapa Gabenor BNM ketika itu? Kenapa Jho Low jadikan Tawfik Ayman iaitu suami Zeti rakan kongsinya?

“Sebab itu mesti ada RCI untuk bongkar misteri ini,” katanya.

Sebelum ini, pada 2017, Puad telah menolak gesaan supaya sebuah RCI ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB atas alasan kerajaan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk antara lain, menstabilkan kedudukan kewangan 1MDB.

Kerajaan perlu buat RCI siasat penglibatan 1MDB Zeti, suami


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker