Hanya Ahli Parlimen pembangkang sertai MoU dapat peruntukan sama rata – Wan Junaidi

Hanya Ahli Parlimen pembangkang sertai MoU dapat peruntukan sama rata – Wan Junaidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, buat masa ini hanya Ahli Parlimen pembangkang yang menyertai memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan sahaja diberikan peruntukan sama rata.

Beliau berkata, bagi mereka yang tidak menyertai MoU pula akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa MoU Transformasi dan Kestabilan Politik akan datang untuk dibincangkan.



“Hanya Ahli Parlimen terlibat sahaja bakal diberi dulu. Selepas itu (yang belum dapat) saya akan bawa dalam mesyuarat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang memohon semua Ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan sama rata.

Anwar berkata, MoU dengan kerajaan sebelum ini menyatakan akan mempertahankan hak dan tanggungjawab Pakatan Harapan (PH) untuk fungsi semak imbang dalam mengawasi, meneliti dan memastikan kerajaan bertanggungjawab pada Parlimen.

“Saya selaku Ketua Pembangkang secara konsisten dari awal memang memohon supaya peruntukan sama diberikan kepada semua ahli pembangkang walaupun tidak terikat dengan MoU,” katanya.



Pembaharuan Parlimen Perkara 3.5 MoU antara PH yang dimeterai dengan kerajaan Persekutuan pada 13 Sept lalu menetapkan peruntukan sama rata kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman itu.

Bagaimanapun, beberapa ahli pembangkang yang tidak menyertai MoU itu meminta peruntukan sama rata diberi kepada semua Ahli Parlimen pembangkang. FMT

Hanya Ahli Parlimen pembangkang sertai MoU dapat peruntukan sama rata – Wan Junaidi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker