Ku Li mahu berundur daripada politik pada PRU15

Ku Li mahu berundur daripada politik pada PRU15

Selepas lebih 50 tahun menjadi wakil rakyat, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mungkin berundur daripada arena politik sebaik sahaja pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diumumkan.

Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia itu mengakui beliau mahu menamatkan kerjaya politiknya yang panjang disebabkan usia, walaupun keputusan itu terletak di tangan pucuk pimpinan Umno.



“Saya agak tua sekarang. Sebenarnya bukan ‘agak’, saya dah tua,” kata kerabat diraja Kelantan dan Ahli Parlimen Gua Musang itu sambil tertawa.

“Saya dah banyak kali cakap perkara ini. Dua pilihan raya lalu (PRU13 dan PRU14) saya juga cakap ‘jangan pilih saya’, tetapi saya rasa kali ini ia akan berlaku. Ia bergantung kepada pucuk pimpinan parti.

“Masalah saya ialah jika saya menarik diri, kawasan Parlimen (Gua Musang) mungkin tidak lagi menjadi kerusi selamat. Itu alasan yang diberikan kepada saya sebelum ini, itu sebabnya saya perlu bertanding pada dua PRU lepas.”

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li, berkata ramai individu dalam parti akan berebut-rebut mahu bertanding di kerusinya yang dianggap kerusi selamat untuk Umno, jika beliau berundur.



Tetapi katanya, Gua Musang hanya dilihat selamat untuk Umno atas beberapa faktor.

“Sebenarnya, tiada kerusi yang selamat, melainkan anda mempunyai orang berpengaruh, strategi boleh diterima dan dilaksanakan, serta anda mempunyai sokongan kukuh untuk meningkatkan undi anda pada PRU.

“Tanpa itu dan perpaduan, saya rasa anda tidak boleh kata kawasan anda selamat.”

Beliau adalah cicit Sultan Muhammad III di Kelantan dan datuk saudara kepada Sultan Muhammad V.



Beliau dilahirkan di Kota Bharu pada 13 April 1937. Bapanya, Tengku Muhammad Hamzah Zainal Abidin ialah Menteri Besar Kelantan terakhir yang dilantik oleh sultan negeri itu.

Tengku Razaleigh mula menjadi wakil rakyat pada 1969 di kerusi Dewan Undangan Negeri Ulu Kelantan Barat. Pada 1974, beliau memenangi kerusi Parlimen Ulu Kelantan, yang kemudiannya dinamakan sebagai Gua Musang.

Beliau adalah Ahli Parlimen Gua Musang selama 11 penggal sehingga kini. FMT

Ku Li mahu berundur daripada politik pada PRU15




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker