‘Abang kawasan’ ganggu projek di Johor Bahru

‘Abang kawasan’ ganggu projek di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Projek Landskap Sungai Segget dan Naik Taraf Jalan Wong Ah Fook dikhuatiri berlaku gangguan ‘abang kawasan’ sehingga akan menyebabkan kelewatan pada jangkaan siap.

Timbalan Presiden Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ahmad Faizal Ismail, berkata isu berkenaan disyaki bermula pada awal pelaksanan projek sejak tiga tahun lalu, namun semakin kerap selepas projek memasuki fasa akhir.

“Abang kawasan ini tahu projek yang dilakukan IRDA sangat strategik dan terletak di tengah-tengah bandar Johor Bahru. Mereka cuba mengambil kesempatan terhadap projek terbabit.

“Subkontraktor dan pekerjanya diperas ugut oleh kumpulan yang sama. Sekiranya tidak berbuat demikian, mereka akan mengganggu kerja yang dibuat serta melakukan vandalisme di kawasan itu.

“Saya tidak pasti sama ada subkontraktor akur dengan permintaan mereka. Namun, hingga kini tidak ada kerosakan dan kebinasaan yang dilakukan. Kami berharap pihak polis dapat campur tangan dalam masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengutarakan isu berkenaan pada sesi soal jawab Program Town Hall Discussion di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini, hari ini.

Ahmad Faizal yang memaklumkan dia mewakili Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim itu, berkata subkontraktor ada diminta untuk membuat laporan polis, namun berikutan takut diapa-apakan laporan belum dibuat.

“Banyak lampu di kawasan itu, kita tutup dahulu kerana khuatir berlaku vandalisme. Sayanglah kalau projek landskap berwarna-warni bakal menjadi ikon baharu Johor Bahru dirosakkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya mengambil maklum dan meminta kerjasama IRDA dalam menyalurkan maklumat berkaitan.

“Bagi saya maklumat terperinci, saya nak tahu siapa ‘abang kawasan’ ini. Kita tidak akan tolak ansur dan akan ambil tindakan.

“Johor tidak akan jadi seperti di tempat lain dengan ada abang kawasan yang melakukan pemerasan seperti ini,” katanya. BH

‘Abang kawasan’ ganggu projek di Johor Bahru


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker