Lelaki cuba larikan pelajar perempuan depan sekolah dicekup

Sebaran :

JOHOR BAHRU: Polis malam tadi berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian Khamis lepas di hadapan sebuah sekolah di Taman Molek, Johor Jaya.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata individu berusia 35 tahun itu ditahan di Senawang, di Negeri Sembilan pada 8.53 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah D8 dan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati individu ini mempunyai satu rekod jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing pula adalah positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan bagi kesalahan berkaitan culik.



Dalam kejadian pada 6.50 pagi 25 Nov lepas, remaja terbabit yang baru turun dari van sekolah dipanggil oleh seorang lelaki memandu kereta Perodua Kancil yang tidak dikenalinya.

Individu itu memintanya untuk menghantar satu borang kepada sekolah sebelum remaja itu ditarik masuk ke dalam kereta dan dibawa lari kira-kira 400m dari lokasi kejadian, bagaimanapun pelajar terbabit berjaya melepaskan diri serta meminta bantuan daripada orang awam.

Lelaki cuba larikan pelajar perempuan depan sekolah dicekup


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Didakwa rogol, dua lelaki serah diri


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *