Selepas Langkah Sheraton, Mahathir-Muhyiddin kembali bertaut

Selepas Langkah Sheraton, Mahathir-Muhyiddin kembali bertaut

Selepas tiga tahun “bersengketa” angkara Langkah Sheraton, dua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin bertemu malam tadi untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.

Pengerusi sekretariatnya Khairuddin Abu Hassan berkata pertemuan hampir dua jam itu membuktikan manifestasi penyatuan Melayu diusahakan Mahathir mendapat sambutan dari pelbagai pihak walaupun berlainan ideologi.



“Gerakan Proklamasi Orang Melayu secara ‘non partisan’ membuka pintu secara seluas-luasnya kepada mana-mana individu Melayu yang bersemangat untuk bersatu-padu tanpa kira apa saja fahaman ideologi politik masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

27 Jun lalu, dilaporkan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu bersetuju bertemu dengan Mahathir berkait Proklamasi Orang Melayu selepas sambutan Aidiladha.

Katanya, beliau membaca 12 agenda dalam proklamasi itu yang disifatkannya agak baik dan menjadi asas prinsip perjuangan parti pimpinannya.

Menurut perdana menteri kelapan itu, agenda dalam perlembagaan negara, hak istimewa orang Melayu dan Islam selain memartabatkan ekonomi bangsa sudah lama diperjuangkan Bersatu, lebih awal daripada Proklamasi Orang Melayu diasaskan Mahathir, Mac lalu.



Mahathir sebelum ini berkata, proklamasi itu bertujuan menyatukan orang Melayu melangkaui garis politik. Ia menarik sokongan dan ditandatangani beberapa pemimpin parti pembangkang termasuk Presiden PAS Hadi Awang dan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu atas kapasiti persendirian.

Awal Jun, Mahathir dilaporkan berkata sedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekali lagi, tiga tahun selepas hubungan mereka renggang susulan “Langkah Sheraton”, menyaksikan pentadbiran beliau ketika itu tumbang dan digantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Ahli Parlimen Pagoh berkenaan. FMT

Selepas Langkah Sheraton, Mahathir-Muhyiddin kembali bertaut

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker