Nazir kata naikkan ‘orang muda’ dan ‘hadkan tempoh masa’ wakil rakyat

Sebaran :

SHAH ALAM – Tempoh perkhidmatan seseorang wakil rakyat perlu dihadkan supaya tidak terlalu berkuasa sekiranya pembaharuan politik mahu dilakukan di negara ini.

Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak berkata, had tempoh itu juga perlu ditetapkan bagi jawatan-jawatan besar atau tertinggi negara terutama Perdana Menteri.

“Kalau kita nak buat pembaharuan, nak naikkan orang-orang muda, kita patut ada term limit (had tempoh).

“Kalau kita tengok di Indonesia dan Filipina, Presidennya ada had tempoh. Kita pun sepatutnya buat sebegitu,” kata beliau.



Beliau berkata demikian ketika program Eksklusif Bersama Nazir Razak yang dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Tokoh Perbankan Negara itu menegaskan, sekiranya langkah itu tidak dilakukan, ia akan terus mewujudkan seorang pemimpin sangat berkuasa tanpa ada situasi semak dan imbang dalam kerajaan.

“Saya dulu jadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB selama 15 tahun. Terlampau lama dan saya terlampau berkuasa.

“Apa saya cakap, orang buat saja, tak ada semak dan imbang. Jadi pada pendapat saya, bagi jawatan yang besar, patut semua ada had tempoh,” ujarnya.



Ditanya mengenai cadangan yang pernah dilontarkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk menetapkan seorang Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan selama dua penggal, Nazir berkata, perkara itu terkandung dalam Manifesto PH sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

“Apa dah jadi sekarang? Tapi mereka juga sudah janji dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik (yang dimeterai bersama kerajaan) baru-baru ini.

Peja Gagal Sebagai Menteri Belia Dan Sukan

“Insya-ALLAH, mereka akan masukkan dalam undang-undang dan kita kena lihat nanti,” katanya.

Sementara itu, Nazir berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu lalu memperlihatkan ‘mood’ pengundi sudah berbalik semula kepada Barisan Nasional (BN) kerana mahukan kerajaan stabil.



Justeru, beliau berkata, tidak mustahil BN akan kembali mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Mood rakyat mengundi BN untuk mencari kestabilan. Itu faktor yang besar kerana ketika PRU14 apabila mereka (rakyat) memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH), mereka mengharapkan adanya pertukaran (corak pimpinan) dan reformasi baharu.

“Malangnya, tak ada perubahan dan pembaharuan pun dilakukan. Jadi baiklah mereka pilih kestabilan,” katanya.

Bagaimanapun, Nazir berkata, untuk memenangi PRU15, BN perlu melakukan usaha keras bermula daripada sekarang.

Ujar beliau, ramai yang meramalkan PRU15 akan diadakan pada Julai tahun depan, sekali gus menunjukkan masih banyak masa untuk mengubah pendirian rakyat.

Nazir kata naikkan ‘orang muda’ dan ‘hadkan tempoh masa’ wakil rakyat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bapa Pengerusi DAP Sarawak pun pernah jadi ‘katak politik’


Sebaran :

Leave a Reply