Harga tiket penerbangan ke Sarawak tak masuk akal

Sebaran :

Harga tiket penerbangan ke Sarawak tak masuk akal

Isu harga tiket mahal ketika musim perayaan bukanlah satu isu yang baharu tetapi perkara ini masih berlanjutan tanpa ada solusi. Lalu, ia menyukarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ada yang menyuarakan keluhan apabila harga tiket penerbangan ke Sarawak mahal dan tidak masuk akal. Menerusi perkongsian pengguna Twitter @aripfredo dan penyanyi dari Sarawak iaitu Alena Murang, masing-masing mengatakan kenaikan harga tiket ketika perayaan dilihat agak melampau.

Malah, pengguna Twitter @aripfredo telah membuat perbandingan dan mendapati harga tiket pada tarikh tersebut berharga RM1,499.18 (kelas ekonomi) manakala bagi penerbangan serupa ke London berharga RM1,469 di laman sesawang MAS.



Tambahnya, syarikat penerbangan lain juga menunjukkan kenaikan harga tiket. Isu tersebut telah mendapat perhatian MAS lalu pihak MAS menjawab pertanyaan mengapa berlakunya kenaikan harga tiket.

Menurut pihak MAS, harga ditetapkan secara dinamik dan berubah-ubah mengikut permintaan dan penawaran. Akan tetapi, maklum balas tersebut tidak memuaskan hati sesetengah pihak dan berharap pihak yang bertanggungjawab perlu menyelesaikan isu ini.

Isu ini turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berharap harga tiket penerbangan akan lebih murah agar dapat berjumpa dengan keluarga selepas sudah lama tidak berjumpa. Vc



Harga tiket penerbangan ke Sarawak tak masuk akal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji


Sebaran :

Leave a Reply