Peja Gagal Sebagai Menteri Belia Dan Sukan

Oleh Nurul Aisyah

JIKA kita menghitung kegagalan individu bernama Ahmad Faizal Azumu pasti terlalu banyak sehingga tidak terkira. Perkara ini bukan lagi rahsia. Seluruh rakyat Malaysia juga tahu Peja seorang yang gagal.

Persoalannya mengapa individu yang gagal seperti Peja terus mendapat tempat dalam kabinet. Beliau gagal sebagai Menteri Besar Perak. Peja juga gagal sebagai penasihat bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Kini beliau juga dilihat gagal sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Ketika ratu terjun negara Pandelela Rinong mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai lawak berbaur lucah membabitkan bekas jurulatihnya, reaksi awal Peja dilihat sangat tidak kena. Beliau mempersoalkan pendedahan tersebut atas alasan kes itu sudah lama berlaku. Kalau ada aduan, walaupun lama, seharusnya diambil tindakan. Alasan Peja langsung tidak boleh diterima.

“Saya hanya nak faham keseluruhan senario, kenapa tiba-tiba, setelah sekian lama, Lela (Pandelela) keluar kenyataan melalui sosial media beliau?,” katanya.

Setelah beliau dikecam hebat, Peja memberi alasan tindakan beliau tersebut bagi memahami situasi sebenar yang berlaku di lapangan.

Pandelela bukat atlet biasa-biasa. Beliau mewakili nama besar dalam sukan tanahair kita namun layanan yang Peja beri terhadap pendedahan beliau seolah-olah Pandelela hanya atlet biasa-biasa sahaja yang mencari populariti.

Pada 21 Okt, Pandelela mendedahkan beliau mempunyai pengalaman berdepan seorang jurulatih yang menjadikan perkara lucah sebagai bahan lawak. Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu turut meluahkan perasaan sedih kerana dalam masa tujuh tahun itu, jurulatih berkenaan sentiasa membuat hal.

Malah, Pandelela berkata, jurulatih berkenaan juga mendapat ‘back up’ besar daripada ketua jurulatih

Isu lawak rogol sebelum ini hangat diperkatakan susulan video tular yang memaparkan seorang pelakon tempatan, Fauzi Nawawi menceritakan semula babak rogol lakonannya bersama pelakon Raja Farah dalam sebuah rancangan televisyen.

Ketika kerajaan PN memerintah, tugas Peja adalah untuk menasihati Perdana Menteri Muhyiddin dalam hal berkaitan komunikasi komuniti. Selain itu, Peja bertanggungjawab mewujudkan jalinan kerjasama erat antara kerajaan dan pimpinan masyarakat. Pada 5 Ogos, Faizal dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Muhyiddin dengan jawatan bertaraf menteri sebelum Perdana Menteri itu meletak jawatan pada 16 Ogos. Ini bermakna Peja telah gagal menjalankan tanggungjawab beliau.

Dulu Peja gagal sebagai MB Perak. Beliau juga gagal sebagai Penasihat Khas Muhyiddin. Kini beliau juga gagal sebagai Menteri Belia dan Sukan.  Kesimpulannya Peja seorang Menteri yang gagal dalam kabinet.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker