Ayam serama makin mendada, makin digemari ramai

Ayam serama makin mendada, makin digemari ramai

KUALA NERANG – Kegilaan peminat ayam serama membela haiwan tersebut membuatkan mereka berlumba-lumba untuk mencari baka baik sehingga ada yang telah menempah ketika binatang berkenaan masih berada dalam telur.

Penjawat awam, Nazmi Tirmizi, 35, dari Kuala Nerang berkata, haiwan berkenaan semakin po­pular sejak pandemik Covid-19 dan menjadi rebutan kerana bentuknya yang cantik dan warna menarik.



“Semakin mendada dan kelihatan sombong, semakin ia dicari. Jika dahulu ia dibuat pertandingan, kini sesiapa sahaja ingin membelanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rambutan d sini baru-baru ini.

Tambahnya, ada yang sanggup membuat tempahan ayam serama itu daripada telurnya lagi dan dia menternak haiwan itu secara semula jadi menggunakan baka baik.

“Ada orang letak ayam serama dalam botol untuk membentuk dadanya, namun saya tidak sesekali mendera se­perti itu kerana saya ambil baka yang terbaik dan selalu menang pertan­dingan.

“Saya ada 100 ekor ayam serama dan dijual secara online hingga mencecah ribuan ringgit bergantung kepada baka, bentuk dan warna,” katanya.



Tambahnya, sebelum serius dalam bidang itu, dia membela ayam serama sekadar hobi dan menganggap haiwan tersebut sebagai unik dan ikon negara. K Online

Ayam serama makin mendada, makin digemari ramai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh



Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker