Siapa Rais Yatim Nak Ajar Tok Mat Hasan?

Tan Sri Rais Yatim perlu faham bahawa isu sebenar yang dibangkitkan oleh DSU Mohamad Haji Hasan bukanlah kita perlu meniru Singapura janganlah jadi begitu dangkal dan bodoh untuk membuat tafsiran sedemikian. Kerajaan ini perlu mendapatkan mandat baharu supaya kedudukannya lebih stabil jika tidak ia akan sentiasa diperkotak katikkan oleh pambangkang. Itulah maksud Tok Mat yang sebenar.

TSRY sedarkah mandat yang sedia ada tidak kukuh dan tidak mampu memberi keyakinan kepada para pelabur untuk melabur dalam negara ini.  Sekadar sokongan 113 Ahli Parlimen ini tidak kemana pun malah sehingga ke saat ini masih ada lagi beberapa ahli parlimen sedang senyap – senyap membuat percaturan dan perkiraan politik dalam menentukan untung rugi kedudukan masing – masing samada pada tika ini dan pada masa akan datang.

Umum mengetahui beberapa hari yang lalu negara jiran kita Singapura telah membubarkan Parlimen dan akan mengadakan Pilihanraya Umum di ketika Pendemik Covid 19 masih lagi ganas membadai dunia.

Singapura mengambil langkah berani dan menunjukkan kemampuannya untuk menguruskan dan mengadakan pilihanraya walaupun hakikatnya keadaan kawalan covid19 di sana lebih buruk dari Malaysia.

Mereka sedar akan risiko yang mereka bakal dihadapi tetapi kewajipan tetap perlu dilaksanakan dan mereka menerima hakikat bahawa kehidupan perlu diteruskan walaupun bersama atau tidak bersama pendemik ini.

Untuk makluman insan yang pernah bergelar Tokoh Budaya Terulung Negara pandangan diberikan oleh Timbalan Presiden UMNO yang menang bertanding ini bukanlah pandangan yang janggal.

Ini kerana penganalisa politik kebanyakkannya dapat menjangkakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat keputusan untuk membubarkan parlimen pada penghujung tahun ini bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke 15 dijalankan demi memperolehi mandat yang baru dan yang lebih jelas.

Jadi TSRY, idea membubarkan Parlimen bukanlah sekadar idea dari Tok Mat sahaja, ia adalah idea asal yang dibawa oleh ahli parlimen Muafakat Nasional ketika bertemu dengan YDPA dalam krisis politik tempoh hari. Malah idea ini juga masih kekal disebahagian besar kepimpinan MN.

Jadi langkah TSRY melompat macam beruk kena belacan itu tidak begitu manis dan sesuai seolah – olah terdesak untuk mencari publisiti murahan menghentam Timbalan Presiden UMNO di dalam tweet berkenaan.

UMNO tidak pernah lupa siapa mereka sebelum ini sebab itu UMNO tidak putus asa dan meninggalkan perjuangan.

Akhir kalam molek benar TS mendapatkan CERMIN yang besar dan lafazkan dengan perlahan lahan mantera ini
“Jangan lupa siapa kita sebelum ini.”

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa

Baca: Kerajaan tidak stabil, PN harus bubar parlimen – Tok Mat

Pru15 boleh jadi 5 bulan lagi – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker