PRN12 : Biar GPS kendali sendiri kempen pilihan raya, PN hanya perlu beri sokongan moral – Abdul Karim

KUCHING: Perikatan Nasional (PN) tidak perlu terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya negeri Sarawak ke-12 (PRN12) akan datang, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, dalam hal yang menyentuh kempen PRN12 kelak, biarkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mengendalikan kempen tersebut bagi mengelakkan pergeseran dalam kalangan ahli-ahli parti.

“Walaupun kita berkawan, tetapi kita ada masalah-masalah sendiri, ramai juga antara mereka (PN) bersama kita dalam parti-parti yang kita ada sekarang.

“Walaupun kita berkawan, di peringkat dasar perkara ini boleh menyebabkan sedikit kesulitan. Daripada perkara ini menjadi masalah kepada sesama kita, lebih baik biarkan GPS atau parti di bawah GPS mengatur kempen sendiri,” kata beliau.

“Baiknya PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) atau Parti Demokratik Progresif (PDP), biarkan mereka yang mengatur kempen mereka. Mereka (PN) boleh memberi sokongan moral, tetapi tidak perlu turun padang untuk membantu sesama sendiri,” tegasnya.

Selain mengambil kira sentimen ahli akar umbi, penglibatan pihak luar dalam kempen pilihan raya juga dilihat tidak perlu kerana situasi pandemik COVID-19 yang masih melanda negara, katanya.

“Bukan kita bersifat sombong kerana tidak mahu menerima bantuan, namun kita perlu sedar keadaan di Sarawak sedikit berlainan terutamanya persepsi terhadap pemimpin-pemimpin yang datang dari Semenanjung.

“Selain daripada itu, kita tidak mahu terlalu ramai individu dari Semenanjung atau Sabah datang ke Sarawak terutamanya ketika pilihan raya kerana kita masih lagi dilanda pandemik COVID-19. Sebagai contoh seperti apa yang berlaku pada pilihan raya negeri Sabah sebelum ini,” jelas beliau.

Hanya parti tempatan Sarawak sahaja bertanding pada PRN nanti – Karim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker