Notis di balai polis isu rentas negeri bukan untuk orang awam


Satu notis yang terpampang di pintu sebuah balai polis di Cheras, Kuala Lumpur yang tular di media sosial sejak semalam sebenarnya adalah dari peringatan lisan yang diberikan kepada anggota polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengatakan bahawa dia anggota polis yang bertugas lebih berhati-hati ketika memproses permohonan perjalanan rentas negeri orang ramai.

Namun, menurutnya, salah seorang anggota di salah satu balai polis telah salah faham dan kemudian mencetak peringatan itu sebelum memaparkannya kepada umum.

“Saya memberitahu pegawai saya untuk mengingatkan mereka bahawa mereka harus memeriksa dengan teliti setiap permohonan perjalanan rentas negari, kerana kita tidak mahu kejadian seperti yang berlaku baru-baru ini berulang.

“Kerana saya tidak mahu pada akhirnya, polis dipersalahkan kerana seseorang memberikan maklumat palsu dalam permohonan mereka,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Notis itu menyatakan perintah ketua polis daerah yang mewajibkan semua pemohon untuk memperincikan aktiviti mereka semasa perjalanan rentas negari yang dirancang, dan memberikan bukti kepada polis. Polis juga tidak dibenarkan memproses permohonan yang tidak mempunyai dokumen sokongan.

Notis yang tular antara lain menyebut: “ekoran isu instafamous, celebrity dan artis yang salah guna kebenaran yang diberi PDRM.”

Walaupun tidak menyebutkan kes tertentu, difahamkan bahawa notis itu merujuk kepada insiden baru-baru ini di mana beberapa selebriti menimbulkan kontroversi susulan gambar aktiviti mereka beriadah ketika melakukan perjalanan ke negeri lain alasan bekerja.

“Notis itu seharusnya tidak perlu ditampal di situ. Kerana itu hanya peringatan kepada polis untuk memeriksa dengan teliti, jangan biarkan orang menipu kita.

“Kerana … lihatlah kes-kes baru-baru ini, polis yang disalahkan,” katanya, tetapi tidak menyatakan kes yang dimaksudkannya.

Mokhsein juga bercakap mengenai bagaimana polis juga dalam dilema ketika mereka memproses permohonan daripada orang ramai.

“Polis selalu disalahkan. Kami dikritik jika kami tidak meluluskan permohonan. Tetapi apabila kami mengizinkan, kami juga dipersalahkan,” katanya. Mk

https://mykmu.net/2018/03/10/pemimpin-ppbm-khianat-ahli-sendiri/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker