Baby Shima mahu jadi warga Indonesia?

Sebaran :

Baby Shima mahu jadi warga Indonesia?

Penyanyi dangdut sensasi Baby Shima menafikan sekeras-kerasnya spekulasi yang mendakwa dirinya akan berhijrah ke Indonesia dan menukar status kewarganegaraanya akibat tidak tahan dibuli dalam media sosial.

Shima ketika dihubungi Kosmo Online! berkata, mana mungkin dia akan menukar taraf dan status wargenegaranya lebih-lebih lagi disebabkan hal-hal remeh seperti apa yang berlaku kepadanya kini.

“Bila masa pula saya kata nak pindah (Indonesia) dan tinggal di sana dan mahu tukar warganegara jadi orang sana.



“Biasalah mereka (portal) berita nak sensasikan perkara yang tak benar. Saya sendiri pun tak pernah keluarkan kenyataan nak pindah sana dan tukar wargenegara,” katanya.

Tambah pelantun lagu Roadblock Hatiku itu lagi, tidak dinafikan dia gembira bekerja dan berkarya di negara seberang, tetapi tidaklah sampai mahu menukar satu kewarganegaraan

“Saya masih cintakan negara kita ini, Malaysia. Cuma saya belum berpeluang untuk pulang ke Indonesia. Banyak lagi kerja seni dan projek tergendala di sana,” ujarnya.

Terdahulu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 26, turut berkongsi paparan tangkap layar laporan beberapa portal hiburan Indonesia dalam Instagramnya mengenai dirinya yang berhasrat menukar warganegara Indonesia.



Menerusi laporan itu juga, Shima dikatakaan tekad mahu berhijrah menetap di negara itu buat selama-lamanya selepas tertekan dan tidak tahan dibuli netizen Malaysia.

Minggu lalu, impak tertekan dengan kutukan dan kritikan menggila netizen yang tidak pernah habis, penyanyi itu mendedahkan terpaksa mengambil pil penenang dan berjumpa dengan pakar kaunseling bagi merawat emosinya yang terganggu.

Shima mencipta nama apabila menyertai program realiti televisyen, D’ Academy Asia musim ketiga di Indonesia sekitar tahun 2017.

Untuk rekod, dia menjadi satu-satunya penyanyi tanah air yang bernaung bawah label rakaman terbesar Indonesia, Nagaswara. K Online



Baby Shima mahu jadi warga Indonesia?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Gadis bertumbuk berebut teman lelaki


Sebaran :

Leave a Reply