MB, KM sepakat! Setuju pinda undang-undang negeri 18 tahun calon pilihan raya

Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil. – Foto Bernama

 

KUALA LUMPUR – Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-137 pada Selasa.

“Mesyuarat turut bersetuju supaya lebih banyak sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutama melibatkan projek-projek pembangunan di negeri-negeri,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, beliau turut mengajak semua kerajaan negeri agar menyegerakan pelaksanaan projek berkaitan ekonomi dan perniagaan.

“Antara perkara yang perlu ditangani dan ditambah baik ialah kelewatan proses kelulusan berkaitan tanah dan lesen perniagaan di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan,” katanya. – Bernama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker