Rakyat Melaka telah buat keputusan, Adly takkan rayu keputusan mahkamah

Bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah menolak permohonanya untuk mencabar keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bulan lalu.

Peguam Razlan Hadri mengesahkan anak guamnya tidak akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Nov lalu.

“Adly (tidak) memfailkan sebarang rayuan,” kata peguam itu kepada Malaysiakini.



Pada 10 Nov, hakim Noorin Badaruddin menolak permohonan Adly untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, dengan memutuskan bahawa proses membuat keputusan untuk membubarkan DUN Melaka bukanlah perkara yang boleh dicabar di mahkamah.

Pada 22 Okt lepas, Adly memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan pembubaran DUN berkenaan.

Dia menamakan bekas ketua menteri Melaka Sulaiman Md Ali, bekas speaker DUN Ab Rauf Yusoh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam sebagai responden pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Terdahulu pada 4 Okt, empat Adun diketuai wakil rakyat Umno Sungai Udang ketika itu Idris Haron mengumumkan keputusan menarik balik sokongan kepada Sulaiman selaku ketua menteri ketika itu.



Susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt, SPR menetapkan pilihan raya negeri diadakan pada 20 Nov.

Pada PRN itu, Adly yang juga pengerusi Amanah Melaka berjaya mempertahankan kerusinya di Bukit Katil dengan majoriti 1,057 undi.

Rakyat Melaka telah buat keputusan, Adly takkan rayu keputusan mahkamah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker