Rakyat Malaysia koma di Korea Selatan meninggal dunia

Rakyat Malaysia koma di Korea Selatan meninggal dunia

Rakyat Malaysia Rozzana Mat Nanyan yang koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Myongji, Korea Selatan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi (waktu Malaysia).

Perkara itu disahkan kakak tirinya, Nur Diana Abdul Rahim Lee, 46, yang kini berada di negara berkenaan.

“Bismillah. Perjuangan Rozzana berakhir jam 10.46:35 (waktu Korea Selatan) 9.46:35 (waktu Malaysia)

24/11/2021,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Nur Diana berkata, jenazah Rozzana, 35, akan dikebumikan di Korea Selatan, namun tidak dinyatakan lokasi pengebumian.

Terdahulu, dalam mesej WhatsApp kepada wartawan pada 2.30 pagi, Nur Diana memaklumkan dia dihubungi pihak hospital yang memintanya hadir ke hospital.

Pada 10 Oktober lalu, Harian Metro melaporkan kebimbangan Nur Diana mengenai keadaan Rozzana selepas adiknya itu dimasukkan ke Hospital Myongji akibat serangan asma.

Rozzana yang bekerja di kilang pembuatan buku dan kalendar di Incheon tidak sedarkan diri sejak 2 Oktober iaitu hari pertama dimasukkan ke hospital kerana ditidurkan bagi mengelak diserang sawan.

Susulan laporan itu, Kedutaan Malaysia di Seoul memaklumkan akan berusaha menyampaikan bantuan konsular kepada Rozzana, manakala Nur Diana berlepas ke negara berkenaan pada 21 Oktober lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengurus Rozzana.

Dia bagaimanapun tidak bertemu terus dengan adiknya kerana dikehendaki menjalani kuarantin selama 10 hari terlebih dahulu di sebuah hotel dekat Seoul.

Turut dilapor rayuan bantuan oleh Nur Diana kepada rakyat Malaysia termasuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantunya sekeluarga membawa pulang Rozzana.

Rayuan itu mendapat perhatian usahawan pakaian dan kasut Muhammad Nor Khuzaifah Zohari, 32, yang mengadakan jualan amal di FB pada 13 November lalu dan turut disertai 30 peniaga pakaian dan kasut terpakai yang menetap di Korea Selatan.

Hasil jualan amal dan sumbangan pengikut usahawan itu mengumpul hampir RM112,000. HM

Rakyat Malaysia koma di Korea Selatan meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Sotong kayangan nasi kandaq, 2 ekor RM100

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker