PM lancar benih padi IS21 berdaya tahan, produktiviti tinggi
PM lancar benih padi IS21 berdaya tahan, produktiviti tinggi
SEKINCHAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan varian benih padi baharu yang dihasilkan menerusi penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Benih padi yang dinamakan sebagai IS21 itu adalah inovasi dalam industri padi negara dilihat mampu meningkatkan hasil tuaian sehingga 67 peratus atau sembilan tan pengeluaran sehektar mengikut kawasan penanaman.
Selain itu kos penanaman seperti penggunaan baja dan racun perosak juga dapat dikurangkan sehingga 20 peratus.
Ismail Sabri berkata, inovasi benih padi itu adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sumber makanan itu terjamin, selamat dan mencukupi, kerajaan sentiasa berusaha ke arah mencari kaedah-kaedah terbaik yang mampu meningkatkan penghasilan padi dan beras.
“Suka saya kongsikan beberapa keistimewaan varieti benih padi IS21 ini. Untuk makluman, benih padi ini berdaya tahan tinggi terhadap cuaca yang tidak menentu dan mempunyai rintangan terhadap beberapa penyakit padi yang sering menyerang dan merugikan pesawah.
“Selain itu, baka padi IS21 ini juga berpotensi memberi hasil tuai yang tinggi dan dapat meningkatkan pendapatan pesawah jika diurus dengan baik mengikut garis panduan yang disyorkan kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Benih Padi di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan wujud kebimbangan terhadap kekurangan bekalan apabila permintaan makanan global yang dijangka meningkat pada 2050 berdasarkan peningkatan penduduk dunia pada tahun berkenaan kepada 9.7 bilion seperti dilaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Namun, perubahan iklim dijangka menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan makanan dunia pada masa hadapan. Malah mutakhir ini, kesan perubahan iklim telah mula dirasai dengan pendapatan golongan yang berada dalam sektor pertanian terjejas akibat pengurangan hasil.
“Kerajaan sentiasa memastikan usaha bagi mempertingkatkan produktiviti industri padi dan beras dilakukan secara proaktif termasuk memperkenalkan teknologi-teknologi terkini bagi mendepani cabaran serta memperkasakan lagi keupayaan,” katanya.
Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan, tanggungjawab itu tidak boleh diletakkan di bahu kerajaan, pesawah dan petani semata-mata tetapi memerlukan usaha bersama selaras konsep Keluarga Malaysia. Utusan
PM lancar benih padi IS21 berdaya tahan, produktiviti tinggi
Baca Artikel Menarik :
- 7 syarat Nynaa sekiranya suami mahu berjumpa
- Ustaz Kazim Dedah Alami Penyakit ‘Ain’ (Video)
- PRN Melaka: Syukur rakan jemaah PAS ikhlas sokong calon BN
- Anggota polis pukul wanita dalam lif dipindah tugas
- Najib bidas 2 tomahan Anwar dengan fakta
- Bersatu, PAS tinggalkan mesyuarat depan PM antara punca rundingan gagal
- Warga emas jadi ‘rider’ demi cari rezeki [VIDEO]
- Imej salib hilang: Adakah DAP cuba tipu Melayu?
- YouTuber Sabrina cetus fenomena di Korea Selatan
- Rita dakwa ada sekolah letak guru tolak vaksin dalam tandas
- Peniaga ‘naik hantu’, parking depan kedai tapi singgah kedai lain
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.