Sulaiman janji beri khidmat terbaik

Sulaiman janji beri khidmat terbaik

MELAKA – Calon Ketua Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berjanji untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sulaiman yang melahirkan kesyukuran atas kemenangan beliau di DUN itu dan juga kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Negeri(PRN) Melaka berkata, kemenangan itu menunjukkan rakyat Melaka mahu sebuah kerajaan yang stabil untuk mentadbir negeri ini.

“Seperti yang selalu saya maklumkan akan memberikan khidmat terbaik bukan sahaja Masyrakat DUN Lendu malah masyarakat di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar BN di Bilik Gerakan Utama BN di Taman Botanikal, Ayer Keroh di sini pada Sabtu.

Tambah Sulaiman, segala apa yang telah dijanjikan pada aku janji manifesto BN sebelum ini akan ditunaijkan segera.

Dalam pertembungan tiga penjuru Sulaiman memperolehi keputusan majoriti 3,104 sekali gus menewaskan calon parti Perikatan Nasional (PN), Mejar Dolah yang memperolehi 1,382 undi manakala Asri Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH) mendapat 1,155 undi. Sinar

Sulaiman janji beri khidmat terbaik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker