PRN Melaka: Ambil tauladan, 22 bulan PH memerintah janji bulan bintang
Rakyat perlu mengambil teladan bagaimana Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, yang hanya tahu menjanjikan bulan dan bintang kononnya ke arah perubahan yang lebih baik.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, pengalaman 22 bulan pentadbiran PH sebelum ini adalah situasi sebenar untuk rakyat dan ia perlu diambil sebagai sempadan.
“Saya fikir Melaka seperti mana negeri-negeri lain terutamanya 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), di mana kita lihat tidak ada satu keseronokan yang berlaku dalam tempoh tersebut.
“Ia jelas memberikan satu gambaran apabila PH memerintah negeri ini, macam-macam perkara baharu yang datang, namun sayangnya tiada perubahan dilakukan.
“Sebaliknya saya fikir hanya lebih kepada menyambung sebarang perancangan atau legasi yang telah wujud,” katanya pada program bual bicara ‘Gegau Melaka: PRN Melaka – Pilih Kestabilan’ yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online.
Beliau pada masa sama, turut mempersoalkan apa pembaharuan yang dilakukan PH sepanjang memerintah.
Rakyat boleh melihat apabila PH memimpin, apa sebenarnya berlaku aspek ekonomi, pentadbiran negara dan macam-macam lagi dalam tempoh tersebut.
“Kita melihat situasi yang berlaku di Melaka pada 22 bulan itu lebih mencerminkan ianya dilakukan berdasarkan perancangan sedia ada, dan yang sedihnya menyaksikan beberapa perubahan negatif yang kita nampak di peringkat Pusat,” katanya.
PRN Melaka: Ambil tauladan, 22 bulan PH memerintah janji bulan bintang
Baca Artikel Menarik:
- Anak kelar leher ibu maut digilis lori
- Saiful Apek jadi pemain bola sepak [VIDEO]
- 18 lokasi peranginan di Kedah berisiko dilanda kepala air
- Thalita Latief dituduh perampas suami orang
- Ancaman Pneumonia pesakit Covid-19 lepas sembuh
- PRN Melaka: Pilih biru yang ori, bukan yang cetak rompak – Zahid
- PRN Melaka: PN, PH Ada Masalah Calon Ketua Menteri Melaka Ke?
- Zulfarhan maut kerana fitnah bomoh, kata ayah
- Dituduh tidak dilayan, Najib anggap telah biasa difitnah
- Dynasty in making: Khalil in line for PAS top post?
- Roti canai biawak [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.