Pemandu ambulans antara 62 suspek beli dadah ditahan

Pemandu ambulans antara 62 suspek beli dadah ditahan

GEORGE TOWN – Penghantar makanan serta pemandu ambulans yang sedang membeli bekalan dadah antara 62 suspek yang diberkas dalam Ops Sarang sekitar daerah Timur Laut hari ini.

Operasi bermula 12 tengah malam hingga 3 petang tadi dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang serta Polis Daerah Timur Laut itu turut membawa kepada tangkapan tujuh tokan jalanan yang dikehendaki polis.



Kawasan yang digempur membabitkan parkir, stesen bas, flat, serta lokasi panas sekitar Batu Feringghi, Tanjung Tokong, Pulau Tikus, Bandar Baru Air Itam dan Sungai Nibong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kesemua suspek itu berusia lingkungan 21 hingga 60 tahun dan mereka terdiri daripada 59 lelaki dan tiga wanita.

Rata-rata yang ditahan merupakan penagih tegar serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Ketika pihak polis melakukan serbuan di kawasan Batu Feringghi dan Paya Terubong berlaku pergelutan dengan suspek memandangkan ada antara mereka cuba melarikan diri namun semua cubaan itu berjaya digagalkan.



“Dalam serbuan itu, polis turut merampas 400.38 gram (g) heroin, 16.68g syabu dan 0.67g ketamin yang secara keseluruhan bernilai RM15,770,” katanya pada sidang media di IPD Timur Laut hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong.

Mengulas mengenai tangkapan pemandu ambulans dan penghantar makanan, Mustafa Kamal berkata, kedua-dua suspek itu ditahan di parkir bas kilang di Paya Terubong ketika sedang membeli bekalan dadah.

“Penghantar makanan berusia 39 tahun itu dikatakan dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan singgah untuk membeli dadah manakala pemandu ambulans pula berusia 53 tahun.



“Hasil soal siasat penghantar makanan itu mengaku sudah banyak kali ditahan polis atas kesalahan memiliki serta menghisap dadah selain baru keluar penjara pada tahun 2018,” ujar beliau.

Kes disiasat membabitkan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; Seksyen 39A (2), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Dalam perkembangan sama, Mustafa Kamal berkata, Ops Sarang dilakukan bagi menghapuskan dan membersihkan lokasi berisiko tinggi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi Program Jihad Dadah yang dilancarkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pada 18 Ogos lalu. MG

Pemandu ambulans antara 62 suspek beli dadah ditahan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker