Aaron Aziz sedih diri jadi punca kes cerai

Aaron Aziz sedih diri jadi punca kes cerai

Pelakon Aaron Aziz mengakui sedih apabila dirinya menjadi punca kes perceraian pasangan Islam di negara ini.

Beliau tidak mahu melihat dirinya menjadi punca rumah tangga musnah, sebaliknya berharap pasangan yang bercerai itu dapat berbaik semula.

“Ya Allah…saya baca ini saya rasa sedih… Abang sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia… Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Aaron turut meletakkan tanda pagar ‘jangan kecam abang’, ‘abang tak salah’ dan ‘perkara yang abang tak ingin berlaku’.

Beliau mengulas laporan berita muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk ‘PUBG, Tupperware, Aaron Aziz alasan cerai’.

Dalam laporan itu, antara punca remeh kes perceraian adalah isteri suka menghabiskan masa melayan permainan dalam talian PUBG, terlalu meminati pelakon Aaron Aziz dan rumah bersepah dengan produk Tupperware. Utusan

Aaron Aziz sedih diri jadi punca kes cerai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker