Bukan saya seorang saja yang berpakaian menonjol – Eyka Farhana

Bukan saya seorang saja yang berpakaian menonjol – Eyka Farhana

Pelakon Eyka Farhana lebih selesa menjadi diri sendiri dalam berpakaian biarpun ada yang berpendapat dia semakin seksi.

Eyka atau nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, mengaku masih tahu menjaga penampilan dan busana pilihannya tidaklah melampaui batasan.

“Rasanya daripada segi berpakaian, dari dahulu lagi, jika saya selesa, saya pakai.

“Melihat laman sosial sekarang, saya tidak fikir saya seorang sahaja yang berpakaian menonjol.

“Bukannya saya berpakaian hingga menampakkan ‘lurah dendam’ (bahagian atas payudara) atau sebagainya,” katanya kepada BH Online.

Tambah pelakon Dukun Diva ini, dia tidak mahu bersikap hipokrit, sebaliknya, selesa menunjukkan dirinya yang sebenar termasuk melalui laman sosial.

“Saya pakai apa yang selesa. Saya rasa semakin lama, pengikut saya sudah boleh terima perkara ini. Saya tidak mahu apabila orang jumpa depan-depan, berbeza dengan apa yang saya kongsi dalam laman sosial.

“Jadi, lebih baik saya jadi diri sendiri dan selesa begini,” katanya yang baru sembuh daripada jangkitan COVID-19.

Eyka yang ditemuramah pada majlis pratonton filem lakonannya, Autumn In Wales, berkongsi mengenai buah tangan terbaharunya itu.

Memegang watak Aira, Eyka mengaku berdepan cabaran berbeza apabila perlu menghidupkan watak komedi.

“Saya terima watak ini kerana sudah biasa bekerja dengan pengarah, Rahila Ali.

“Jadi, apabila selesa bekerja, saya fikir mengapa tidak saya terima watak gadis lantang dan gedik ini.

“Apatah lagi bekerja dengan Jaa Suzuran yang juga kawan baik saya. Kami di bawah syarikat pengurusan sama. Alhamdulillah, bekerja dengan mereka semua di set penggambaran, sangat senang dan seronok,” katanya.

Filem terbitan Pencil Pictures and Records ini turut menampilkan pelakon lain seperti Keith Foo, Wanna Ali, Amyza Adnan, Joey Daud dan Fara Mendoza.

Autumn In Wales menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom (UK) dan mula ditayangkan di Astro First, Khamis ini.

Selain itu, Eyka bakal tampil dalam drama Bila Hati Memilih Dia. Drama yang menggandingkan Eyka bersama Aedy Ashraf itu akan ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 pada 28 Mac depan. BH

Bukan saya seorang saja yang berpakaian menonjol – Eyka Farhana


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi boleh bawa perpecahan – AMK PKR

Penjarahan wang Petronas tidak akan berulang lagi – Ismail Sabri

Pak Cik Cium Seluar Dalam Dah Kena Cekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker