Tiga termasuk guru maut kemalangan

Tiga termasuk guru maut kemalangan

Kota Tinggi: Tiga termasuk seorang guru maut dalam kemalangan di Jalan Besar Felda Air Tawar 1 dekat sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, tujuh anggota dari BBP Kota Tinggi ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 6.49 pagi.



Beliau berkata, setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan Proton Gen 2.

“Perodua Myvi dinaiki dua lelaki dewasa, di mana salah seorang daripadanya tersepit di dalam kereta itu.

“Proton Gen 2 dinaiki seorang individu. Mangsa turut tersepit.

“Semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya. HM

Tiga termasuk guru maut kemalangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker