Faisal hadiah Derrick motosikal kedua

Faisal hadiah Derrick motosikal kedua

Faisal Halim tidak menunggu lama untuk mengotakan janjinya menghadiahkan motosikal baharu kepada penyokong setia Harimau Malaya, Derrick Gan yang juga motosikal kedua diterimanya sebaik pulang daripada menyaksikan perlawanan Harimau Malaya di Piala Asia dekat Doha, Qatar.

Tonggak utama Harimau Malaya itu bersama penajanya, Blast Active secara rasminya menyerahkan motosikal model Yamaha LC135 kepada Derrick menerusi satu majlis ringkas.



Menerusi video pendek di Instagram Story Blast Active, Faisal dilihat menyerahkan sendiri motosikal itu selain mengucapkan terima kasih kepada Derrick yang sanggup menjual motosikalnya untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaysia di Piala Asia.

“Saya sebagai duta daripada Blast, inilah duit permulaan awal saya dapat dari Blast, saya beli motor untuk awak. Saya sebagai pemain memang agak terharu, teruja dan agak sedih sebenarnya melihat awak menangis waktu kita (bertemu) dengan Korea hari itu. Jadi saya dah niat dengan Blast nak hadiahkan motor kepada awak. Inilah motor awak,” kata Faisal menerusi video pendek itu.

Semalam Derrick menerima hadiah motosikal jenis skuter daripada syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dengan kerjasama sebuah stesen radio swasta tempatan sebaik dia tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Doha.

Terdahulu, reaksi Derrick yang menangis selepas Malaysia beroleh gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi ketika bertemu Korea Selatan menghadirkan rasa sebak dalam kalangan penyokong negara yang turut berkongsi rasa sama ketika menyaksikan aksi terakhir Kumpulan E itu.



Namun ada cerita di sebalik tangisannya di bumi Doha itu selepas tular Derrick sebenarnya sanggup menjual motosikalnya untuk mencari dana demi menyaksikan perlawanan membabitkan Harimau Malaya di Doha.

Derrick dijangka akan menerima sebuah lagi motosikal selepas seorang individu, Ahmad Alhafiz Najmi, 33, bermurah hati mahu menghadiahkan motosikal Honda RS150 yang dianggarkan bernilai RM6,000 kepada Derrick.

Menerusi laporan sebelum ini, pemilik Ahmad Motorworks itu berkata, keputusannya memberikan motosikal itu disebabkan semangat ditunjukkan Derrick yang sanggup menjual motosikal miliknya demi mencari dana ke Qatar.
BH

Faisal hadiah Derrick motosikal kedua



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker