Majlis akad nikah dibenarkan di hotel, dewan, butik dan tempat khas

Majlis akad nikah dibenarkan di hotel, dewan, butik dan tempat khas

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan, majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan kini dibenarkan di premis sewaan termasuk hotel, dewan, butik pengantin dan tempat khas bermula esok.

Berbanding sebelum ini, majlis akad nikah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hanya dibenarkan di pejabat Jawi dan masjid-masjid.

Bagaimanapun, Jawi masih tidak membenarkan majlis akad nikah dilakukan di rumah dan kediaman persendirian.

Jawi berkata, ketetapan baharu itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, berdasarkan garis panduan terbaharu itu, kehadiran maksimum majlis akad nikah di pejabat Jawi ditetapkan seramai 10 orang termasuk jurunikah dan dua orang saksi.

“Ia termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua orang saksi (pihak jawi atau masjid) dan seorang jurugambar.

“Bagi kehadiran di masjid pula, jumlah kehadiran maksimum dibenarkan adalah seramai 20 orang dan tertakluk keluasan ruang serta mengamalkan penjarakan 1 meter.

“Selain itu, kehadiran hadirin ke premis sewaan pula hendaklah tidak melebihi 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Katanya, kehadiran majlis akad nikah pula hanya dibenarkan kepada yang telah lengkap menerima vaksin, manakala tempoh masa perjalanan keseluruhan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit. K Online

Majlis akad nikah dibenarkan di hotel, dewan, butik dan tempat khas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker