Polis kesan pihak terlibat kejadian motosikal dibaluti kanvas

Polis kesan pihak terlibat kejadian motosikal dibaluti kanvas

Pihak polis kini sedang mengesan individu yang telibat dalam kejadian sebuah motosikal diselubungi kain kanvas selepas ia tertanggal daripada sebuah lori yang ditularkan di laman media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya telah terkesan video tular yang memaparkan kejadian dan mendapati ia berlaku di Kilometer 33.5 Jalan Puchong/Cyberjaya/Dengkil berhampiran susur menghala ke Kajang.

“Semakan mendapati, kain kanvas daripada sebuah lori telah tercabut lalu melayang mengenai penunggang dan pembonceng motosikal mengakibatkan penglihatan mereka terhalang dan hilang kawalan sehingga terlanggar sisi kanan sebuah lori tangki yang berada di lorong kiri.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima, susulan itu, satu laporan telah dibuat oleh JSPT Sepang bagi memulakan siasatan dan pihak polis kini sedang mengenal pasti nombor pendaftaran bagi semua kenderaan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak polis juga sedang mengesan kesemua pihak yang terlibat dalam kejadian termasuk individu yang merakamkan kejadian selain turut melakukan tindakan lawatan di lokasi.

“Siasatan berhubung kejadian dilakukan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tentang sehelai kain kanvas yang diikat pada sebuah lori tertanggal dan membaluti sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua individu mengakibatkan motosikal tersebut hilang kawalan dan terlanggar bahagian tayar sebuah treler.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilihat masih mampu berdiri sebaik sahaja terjatuh daripada motosikal dinaiki mereka. K Online

Polis kesan pihak terlibat kejadian motosikal dibaluti kanvas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker