Rangkaian internet lemah, calon perlu kempen guna stesen TV, radio, milik kerajaan – PAS Sarawak

Rangkaian internet lemah, calon perlu kempen guna stesen TV, radio, milik kerajaan – PAS Sarawak

Masalah rangkaian internet di Sarawak terutama di kawasan luar bandar perlu ditangani segera agar dijajarkan dengan situasi berkempen secara atas talian ketika pandemik, menjelang pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, kata Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee.

Beliau berkata, bagi mengimbangi kekurangan fasiliti komunikasi itu, stesen televisyen dan radio milik kerajaan perlu memberi peluang kepada setiap calon dan parti bertanding menyampaikan mesej mereka kepada pengundi.

“…Sebab ramai pengundi luar bandar masih boleh mengguna saluran TV dan Radio sebagai medium untuk mereka mendapatkan maklumat.

“Kalau dulu hanya pemerintah saja yang dibenarkan berkempen melalui TV dan Radio, sekarang zaman sudah berubah. Perlu ada kebebasan untuk semua calon menyampaikan mesej kepada setiap pengundi mereka,” katanya kepada FMT.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkenan menamatkan Proklamasi Darurat di Sarawak, sekaligus membuka laluan kepada pelaksanaan PRN12 Sarawak, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, terbubar secara automatik pada Jun lalu.

Dalam pada itu, Jofri berkata, partinya enggan melayan desakan ‘cliche’, “jangan bertanding, ia merosakkan hubungan antara parti”, merujuk pertembungan parti itu menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS), pada PRN12 Sarawak.

Katanya, PAS tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan GPS di negeri itu, sambil menegaskan parti itu hanya mempunyai hubungan dengan Bersatu Sarawak, susulan penubuhan PN Sarawak.

“Tiada istilah GPS bersetuju atau menolak PAS bertanding di Sarawak kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Anggaplah pertandingan itu sebagai hak rakyat untuk memilih wakil mereka yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik untuk mereka.

“Maka tiada istilah untuk mengatakan ‘jangan bertanding nanti, ia akan merosakkan hubungan antara parti dan sebagainya’,” katanya. FMT

Rangkaian internet lemah, calon perlu kempen guna stesen TV, radio, milik kerajaan – PAS Sarawak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker