PM lancar empat pakej Pan Borneo di Kinabatangan Sabtu ini

PM lancar empat pakej Pan Borneo di Kinabatangan Sabtu ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual melancarkan projek lebuh raya Pan Borneo bagi pakej pantai timur Sabah di Kinabatangan, Sabtu ini.

Beliau akan mengadakan lawatan kerja ke Sandakan dan Kinabatangan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Sandakan petang. Kemudian, beliau dijadualkan ke Kinabatangan pada pagi Sabtu bagi melancarkan pakej lebuh raya Pan Borneo berkenaan.

Ia adalah lawatan pertama Ismail Sabri ke Sandakan dan Kinabatangan serta lawatan kedua ke Sabah selepas dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Ogos lalu.

Projek lebuh raya Pan Borneo yang bakal dilancarkan Perdana Menteri di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan pada Sabtu ini membabitkan empat pakej kerja bagi laluan sepanjang Kinabatangan hingga ke Telupid.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, lantikan kontraktor bagi empat pakej kerja itu baharu sahaja dilantik.

“Keempat-empat pakej kerja itu akan dilaksanakan serentak dan dijangka siap pada 2024.

“Empat pakej ini adalah antara pakej baharu projek lebuh raya Pan Borneo Sabah. Satu lagi pakej baharu ialah laluan antara Serusup, Tuaran ke Pituru, Kota Belud yang dijangka dimulakan tahun depan menggunakan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan lima pakej baharu ini merupakan tambahan kepada 11 pakej kerja yang sedang dilaksanakan. Secara keseluruhan terdapat 35 pakej bagi fasa satu projek lebuh raya Pan Borneo Sabah.

Menteri Kerja Raya berkata, 11 pakej yang sedang dilaksanakan ketika ini kebanyakannya membabitkan laluan di pantai barat yang bermula dari Sindumin hingga ke Kudat. Setakat ini, prosesnya sudah mencapai 54 peratus dan dijangka siap pada 2023.

“Sementara itu, baki 19 pakej lagi diharap dapat dilaksanakan secara serentak supaya tempoh penyiapannya dapat dipercepatkan,” katanya.

Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pelaksanaan empat pakej di laluan Kinabatangan-Telupid bakal menyelesaikan masalah kerosakan jalan raya sedia ada yang menimbulkan rungutan pengguna sejak sekian lama.

“Projek ini akan menyelesaikan isu kerosakan yang kerap berlaku di jalan utama di Batu 32 Sandakan menghala ke Telupid dan dari Batu 32 Sandakan menghala ke Kinabatangan,” katanya.

Projek lebuh raya Pan Borneo Sabah Fasa Satu membabitkan jajaran Sindumin-Kota Kinabalu-Kudat di pantai barat dan Tawau-Batu 32 Sandakan di pantai timur serta Batu 32 Sandakan-Ranau di bahagian tengah Sabah dengan panjang keseluruhan 706 kilometer. Utusan

PM lancar empat pakej Pan Borneo di Kinabatangan Sabtu ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker