Hentikan budaya buli, ‘prank’

Budaya songsang – buli – dan ‘prank’ yang semakin membiak serta diterima umum seharusnya dibanteras hingga ke akar umbi.

Ini kerana tindakan itu amat tidak menghormati kebebasan dan keamanan individu yang dijamin syarak serta Perlembagaan negara, malah pelanggaran integriti dan rasa hormat terhadap setiap manusia.

Setiausaha Agung Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim menegaskan, tindakan atau hukuman – terutama yang berbentuk fizikal – terhadap individu yang dibuli adalah amat salah, seakan undang-undang rimba dan membuktikan betapa tidak bertamadunnya kita.

“Jika elemen ini hilang dari pasukan keselamatan yang kita harapkan menjaga kedaulatan negara dan keselamatan warganya, sungguh kita telah meletakkan nasib kita semua kepada sang burung pegar.

“Mereka bakal memakan kita, padi-padi kecil yang tidak berdaya ini. Namun sebelum perkara itu terjadi, kita perlu memutuskan rantaian budaya kotor ini. Kerana boleh jadi anak atau cucu kita menjadi mangsa yang seterusnya!” tegasnya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

“Jika kesemua mereka dijatuhi hukuman mati mandatori sekalipun, adakah barah budaya membuli yang telah pekat dalam masyarakat kita hari ini akan mampu diselesaikan?

“Jika kita membuat kajian dan analisis mendalam terhadap kes ini, adakah hanya enam orang penuntut UPNM ini yang bersalah? Bagaimana dengan pihak warden dan pengurusan universiti? Bagaimana pula dengan sistem pengurusan dan polisi universiti? Budaya pelajar dan isu komunikasi?” soalnya.

Beliau turut mendakwa bahawa semua maklum, kes buli amat berleluasa di sekolah terutamanya sekolah berasrama dan juga dalam institut latihan pakaian seragam seperti polis dan tentera.

“Persoalannya, adakah sistem ini perlu untuk memantapkan ketahanan individu dan kekuatan fizikal serta mental mereka? Adakah pihak pengurusan memang mengetahui masalah ini malah ‘merestui’ kewujudannya selama bertahun-tahun tanpa sebarang campur tangan?” soalnya.

Hentikan budaya buli, ‘prank’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka kayu ukur kekuatan parti politik menjelang PRU15

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker