Pisah dengan Syed Saddiq jika sertai jelajah PN – ahli Muda

Pisah dengan Syed Saddiq jika sertai jelajah PN – ahli Muda

Seorang ahli Muda berpendapat parti itu harus “berpisah” dengan pengasasnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jika Ahli Parlimen Muar berkenaan memutuskan menyertai jelajah bersama Perikatan Nasional (PN) ke seluruh negara.

Danial Jafri dari Muda Kuantan berkata parti itu telah menjadi kuasa ketiga selepas Syed Saddiq mengumumkan keluar dari blok kerajaan pada September tahun lalu.

Menurutnya, menyertai jelajah seperti diumumkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin itu bermaksud menteri belia dan sukan berkenaan terperangkap dengan “kaedah lama”.

“Ini bermakna beliau pada tahap tertentu akan menyokong naratif populis yang berkisar tentang politik komunal,” katanya kepada FMT, sambil menambah itu bertentangan dengan perjuangan Muda.

“Jika ini berlaku, parti harus memutuskan hubungan.”

Sabtu lalu, Muhyiddin mengumumkan perancangan PN mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bersama Syed Saddiq bagi memberi penerangan berhubung isu-isu semasa dihadapi rakyat bermula selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Siri jelajah seluruh negara akan kita mulakan di mana banyak pihak termasuk Syed Saddiq daripada parti Muda yang mencadangkan supaya kita buat begitu dan beliau sedia untuk menyertai,” katanya.

Semalam, Pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz mendakwa beliau serta Syed Saddiq terkejut dengan pengumuman Muhyiddin itu dan menjelaskan pimpinan akan bertemu dengan bekas menteri terbabit untuk membincangkan isu terbabit.

Syed Saddiq dalam sidang media di Parlimen pada 11 Mac lalu menyifatkan jelajah bersama diumumkan Muhyiddin itu sebagai “kerjasama demi isu rakyat dan masa depan negara”.

Justeru itu, beliau mahu bertemu kepimpinan Muda bagi memberi penjelasan berhubung jelajah seluruh negara dan meminta kebenaran parti untuk menyertainya.

Danial yang turut mendakwa Syed Saddiq masih menguasai kepimpinan parti dan terbabit proses membuat keputusan, menegaskan sudah tiba masa untuk mengekang pengaruhnya.

Tegasnya, Muda tidak boleh dikaitkan secara eksklusif dengan Syed Saddiq yang melepaskan jawatan presiden pada 9 Nov lalu sehingga proses undang-undang membabitkannya selesai. FMT

Pisah dengan Syed Saddiq jika sertai jelajah PN – ahli Muda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker