Resepi Laksa Penang Pekat dan Sedap

Resepi Laksa Penang Pekat dan Sedap
Resepi Laksa Penang Pekat Dan Sedap

Masa Penyediaan: 30 minit,
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:10-15 orang

Kita nak share resepi Laksa Penang yang dirujuk dari resepi anak jati Penang iaitu Datuk Rizalman. Laksa Penang ni memang sedap kerana dihidangkan bersama kuah yang pekat, masam, pedas, dan sangat beraroma dari dua bahan iaitu daun kesum dan bunga kantan. Pengunaan ikan yang fresh juga sangat mempengaruhi kesedapan Laksa Penang.

Bahan-Bahan: Resepi Laksa Penang

Bahan-bahan untuk direbus:



1 kg ikan kembung
5 keping asam keping
air secukupnya

Bahan-bahan kisar (A):

5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
cili padi, buang tangkai
25 biji cili kering, buang biji dan rebus

Bahan-bahan kisar (B):

isi ikan kembung
air rebusan ikan kembung
asam keping dari rebusan ikan

Bahan-bahan kisar (C):

isi ikan sardin tin, dari 1 tin kecil
sedikit air



Bahan-bahan kisar (D):

tulang ikan kembung
sedikit air

Bahan-bahan kisar (E):

1/2 biji nenas
sedikit air

Bahan-bahan untuk sediakan kuah:

1/2 liter air
bahan-bahan kisar A,B,C,D,E (seperti di atas)
1/2 mangkuk air asam jawa
1-2 kuntum bunga kantan, belah 4
1 ikat daun kesum
seketul belacan bakar, agak-agak sebesar ibu jari
2 sudu besar petis
garam secukup rasa
1 ketul kecil gula melaka, secukup rasa



Bahan-bahan untuk laksa:

1 pek laksa kering
air secukupnya

Bahan-bahan untuk condiment/ taburan atas laksa penang:

daun salad
daun selom
timun
bawang besar
cili padi
cili merah
limau nipis
nenas
telur rebus

Cara Penyediaan: Resepi Laksa Penang

Rebus ikan kembung bersama asam keping dan air secukupnya dalam anggaran 10 minit atau sehingga ikan masak dan kemudian sejukkan.

Ambil ikan, asingkan bahagian isi dan tulang. simpan air rebusan dan asam keping.



Kisar halus bahan-bahan A,B,C,D,E. Untuk Bahan D, tapis dan ambil airnya sahaja.

Masukkan 1/2 liter air dalam periuk dan masak hingga mendidih.

Masukkan bahan kisar halus A,B,C,D,E.
Tambah air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, belacan bakar, petis, garam dan gula melaka secukup rasa.

Cara-cara untuk rebus laksa:

Rendam laksa dalam air sehingga lembut.



Tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sudah mengandungi air mendidih secukupnya. Masak sehingga laksa lembut dan tapis.

Cara-cara untuk condiment/bahan taburan:

Hiris nipis daun salad atau daun selom, timun, bawang besar, cili padi, cili merah dan nenas.

Rebus telur, kupas kulit dan belah 2.

Potong limau nipis.



Laksa sedia untuk dihidangkan.

Tips:

Kalau nak guna ikan selayang segar, atau ikan parang sebagai ganti pun boleh.

Jangan letak gula banyak sangat sebab kita tak nak kuah laksa yg manis. Cukup sekadar imbangkan rasa kuah.

Kita bilas sikit laksa yang sudah direbus denga air sejuk supaya hilang kanji laksa dan tidak lembik bila dihidangkan.

Resepi Che Nom

Resepi Laksa Penang Pekat dan Sedap


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET


Resepi kuih keria lembut lagi gebu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker