Resepi kuih keria lembut lagi gebu



Resepi kuih keria lembut lagi gebu
Resepi kuih keria lembut lagi gebu

Cara untuk menyediakan kuih keria atau chek mek molek yang sedap ialah dengan menggunakan tepung gandum secukupnya sahaja. Jika terlebih tepung gandum, kuih akan menjadi sedikit keras dan tidak sedap. Bab ini memang kena pandai mengagak. Kalau menyediakan kuih keria, saya sedikit trauma dengan bab menyira.

Pernah saya menyediakan kuih keria yang banyak untuk dibawa ke majlis perjumpaan dengan geng geng alumni. Sekali gula yang disira pada kuih keria mencair dan menjadi belengas. Perasaan kecewa memang tak boleh nak diceritakan lah. Rasa nak nangees. Dari situ, saya belajar tips untuk mengelakkan ianya menjadi cair ialah dengan memasukkan sedikit tepung gandum semasa proses menyira.

Jom layan resepi menyediakan kuih keria dan bahan yang digunakan untuk menyira kuih keria di bawah ini. Jom layaaan…

Resepi kuih keria lembut lagi gebu




Bahan bahan:

Ubi keledek – rebus dan tumbuk
Tepung gandum secukupnya

Cara cara:

Satukan kedua dua bahan di atas dan gaul sebati. Ambik secubit adunan dan dibulat bulatkan.

Ambik sebiji doh yang dibulatkan dan dibentuk seperti kuih keria dengan dileper dan kemudian dibuat lubang di tengahnya.




Panaskan minyak sehingga betul betul panas dan goreng kuih keria. Bila ianya berwarna keperangan, dibalik balikkan. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sedia untuk disira.

Bahan Sira:

3 sudu besar gula
2 sudu besar air
Secubit tepung gandum – opsyenal

Cara cara:

Masakkan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih buih. Masukkan kuih keria yang telah disejukkan dan dikacau rata rata.




Apabila air gula bersalut rata di kuih keria, taburkan sedikit tepung gandum supaya ia tahan lama dan tidak mudah cair.

Terus dikacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih. Tutup api dan bolehlah dikeluarkan dari kuali.

Azie Kitchen

Resepi kuih keria lembut lagi gebu


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET





Resepi Pulut Sekaya Viral



Leave a Reply

Your email address will not be published.