Resepi Pulut Sekaya Viral

Resepi Pulut Sekaya Viral
Resepi Pulut Sekaya Viral

Kalau di Kelantan, kuih ini lebih dikenali sebagai Kuih Pulut Sekaya, merupakan antara kuih muih Kelantan.

Kalau di bulan Ramadhan, memang kuih ini akan dicari. Disimpan dalam peti ais dan dimakan sejuk sejuk selepas balik dari solat Terawih. Memang sangat sedap.

Kuih Pulut Sekaya

Untuk kuih Sekaya ini ada dua jenis, ada yang tidak menggunakan pulut. Hanya lapisan telur sahaja. Ada yang dilapisi dengan pulut di lapisan bawah. Kalau yang tiada pulut, biasanya saya panggil kuih sekaya telur.

Kuih Pulut Sekaya Yang Sedap

Untuk hari ini, kita buat separuh dari adunan sahaja. Saya guna loyang saiz 7”x7”x3″. Kita kukus menggunakan pengukus Trio. Kalau untuk permukaan atas yang lebih cantik, selalu buka penutup pengukus supaya air tidak menitis.

Cukup sahaja kemanisannya. Kalau anda belum pernah merasai keenakan kuih pulut sekaya ini, adalah sangat syorkan anda mencubanya sendiri di rumah. Buat separuh adunan pun dah cukup. Boleh simpan dalam peti dan dipotong bila telah sejuk, barulah kuih jadi lebih cantik.

Bahan-Bahan :

Lapisan bawah:

500 gram beras pulut – rendam semalaman
300 ml santan pekat
300ml air
2 sudu kecil garam

Lapisan atas:

10 biji telur – pukul sebati
400 ml santan pekat
250 gm gula melaka – hiris racik
2 helai daun pandan – carik & simpul
¼ sudu kecil garam

Cara cara:

Tos beras pulut dan dicampur dengan santan, air dan garam. Kacau sebati dan kukus selama 25 minit.

Resepi Pulut Sekaya Viral

Masukkan pulut yang dikukus dalam loyang yang telah disapu minyak dan lapik plastik. Tekan pulut agar padat. Tabur sikit tepung gandum di permukaan atas.

Resepi Pulut Sekaya Viral
Resepi Pulut Sekaya Viral

Lapisan atas, kisar santan dan gula melaka sehingga sebati dan gula melaka larut. Tuang ke dalam adunan telur. Masukkan garam. Kacau rata.

Tapis dan tuang atas pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.


Nota:

Untuk 1/2 adunan, guna loyang 7″ x 7″.

Azie Kitchen


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Resepi Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker