Coca-Cola ketengah jasanya di Palestin

Coca-Cola Malaysia berkata gesaan untuk memboikot produk mereka dibuat berdasarkan maklumat yang salah, khabar angin dan kurang pemahaman, khususnya termasuk operasi mereka di Timur Tengah.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika muncul semula gesaan memboikot minuman itu di tengah-tengah kehangan konflik Israel dan Hamas daripada kumpulan pejuang Palestin.

“Kami tetap memandang serius terhadap keganasan di Israel dan Gaza dan kesan buruknya terhadap masyarakat di wilayah itu.



Coca-Cola dan pembotol kami NBC mempunyai komitmen yang panjang terhadap pasaran Palestin dan telah memulakan pengeluaran sejak 1998 dan hari ini kami menjadi salah satu majikan terbesar di wilayah itu,” katanya.

Setakat 2016, Coca-Cola, melalui NBC, menjadi majikan ketiga terbesar di Palestin.

Bangunan Pencakar Langit Bergoyang – [VIDEO]



Bagaimanapun, Coca-Cola juga dituduh mengaut keuntungan daripada penempatan haram orang Israel di Palestin.

Pada 2017, syarikat itu dilaporkan akan dimasukkan dalam senarai hitam Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkenaan syarikat yang beroperasi di penempatan haram, tetapi ia tiada dalam senarai akhir yang diterbitkan.

Hubungan Coca-cola dengan pemilik NBC Zahi Khouri, yang juga pendukung pergerakan anti-Israel Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), mengundang kritikan daripada kumpulan-kumpulan negara Zionis itu.

Setakat ini, lebih 200 terkorban akibat serangan udara Israel terhadap Gaza manakala sekurang-kurangnya 10 meninggal dunia susulan serangan roket Hamas.



Sementara itu, Coca-Cola berkata boikot di Malaysia hanya akan memberikan kesan buruk terhadap pekerjanya di negara ini dan pengedar tempatan.

“Walaupun Coca-Cola jenama antarabangsanya, operasi pembotolan dibuat di sini. Coca-Cola dibuat di Malaysia, dari rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,” katanya.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




‘Selamatkan Palestin!’ – Paris Hilton zahir sokongan menentang Israel

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker