Resepi Pengat Labu Manis

Resepi Pengat Labu Manis
Resepi Pengat Labu Manis

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Pengat Labu Manis yang sedap dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sebagai menu minum petang. Boleh dimakan bersama roti ataupun biskut. Kalau di sebelah utara hidangan ni dipanggil serawa labu.

Ramai memang suka sangat makan pengat labu ni. Kita akan selalunya akan rendam dahulu labu ni bersama air yang dicampur sedikit kapur makan seketika dan kemudian tapis sebelum dimasak.

Tujuan supaya labu tak mudah hancur bila dimasak. Anda boleh cuba cara ni jika mahu.

Kita guna santan segar untuk pengat labu ni. Anda boleh gantikan dengan santan kotak jika suka (boleh rujuk bahagian tips).

Labu sangat kaya dengan kandungan vitamin A yang baik untuk mata. Labu juga dipercayai dapat mencantikkan kulit kerana mempunyai kandungan serat, mineral dan sumber antioksida yang tinggi. Macam-macam khasiat labu kan? Nak sediakannya pengat labu ni pun mudah aja.

Bahan-Bahan:

1/2 biji labu
1/2 cawan air
2 sudu besar gula putih
2 helai daun pandan
1 mangkuk besar santan
1/3 cawan gula melaka ATAU 1 keping gula nisan
1/2 cawan sagu
1/2 -1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

Rendam sagu dalam air dalam 15-30 minit. Tapis dan bilas dengan air.

Kupas kulit labu, bersihkan dan potong kiub besar.

Masukkan dalam periuk bersama air, gula putih serta daun pandan yang dicarik dan disimpul. Tutup periuk dan masak sehingga labu lembut.

Masukkan santan, gula melaka, dan sagu yang direndam tadi. Pastikan api perlahan supaya santan tak berketul.

Kacau-kacau sedikit kuah santan dan reneh sehingga mendidih.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap sedia untuk dihidang.

Tips:

Santan segar boleh diganti dengan 1 kotak santan cuma perlu lebihkan air supaya berkuah.

Rendam sagu sekejap supaya kembang kerana kita nak sagu cepat masak dan tak perlu direneh lama kerana takut santan akan mudah jadi berketul.

Pastikan labu sudah masak lembut barulah dimasukkan santan.

Resepi Che Nom

Resepi Pengat Labu Manis


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET


Resepi roti butterscotch yang sedap dan gebu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker