Resepi roti butterscotch yang sedap dan gebu

Sebaran :


Resepi roti butterscotch ini wajib dicuba oleh penggemar roti. Rasanya sedap dan tekstur roti yang sangat lembut dan gebu. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga.

BAHAN : Resepi Roti Butterscotch

500 gm tepung roti
10 gm yis segera
1 sudu besar pelembut roti
60 gm mentega
60 gm gula kastor
3 sudu besar susu tepung
2 biji telur
1/8 sudu kecil garam
50 ml susu segar
150 ml air sejuk (peti ais)



BAHAN HIASAN

Kuaci
Biji Labu
Biji Matahari
Badam Hiris
Bijan Hitam
Keju cheedar yang di sagat halus

BAHAN SAPUAN PERMUKAAN BUN



1 biji telur di campur 5 sudu kecil air

CARA

1.Satukan ke semua bahan ke dalam ‘bread maker’ atau ‘mixer’. Uli selama 30 minit jika menggunakan mixer dan jika menggunakan bread maker guna menu dough.



2.Adun hingga menjadi doh, keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.

3.Bulatkan doh sebanyak 20 gm setiap doh.

4.Rehatkan sehingga mengembang dua kali ganda. Sapu permukaan bun dengan bahan sapuan dan taburkan bahan hiasan di atas permukaannya.



5.Panaskan ketuhar dan bakar roti pada suhu 180°C atau 190°C selama 15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dihias dengan sos butterscotch.

BAHAN SOS BUTTERSCOTCH

180 gm gula kastor
150 ml krim putar
50 gm mentega
50 gm coklat masakan putih – di potong kiub kecil



CARA

1.Panaskan gula kastor sehingga kekuningan. Perlahan api dan tuangkan krim putar.

2.Masukkan mentega dan coklat masakan putih, kacau hingga larut.

3.Sejukkan sos, sebelum dihias atas permukaan bun.

Resepi: Cef Asma Nordin, Puchong


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Bella Astillah kena kutuk nasi lemak 50 sen [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply