Resepi ayam goreng tomyam pedas

Sebaran :

Resepi ayam goreng tomyam pedas
Resepi ayam goreng  tomyam pedas, bukan sekadar sambal biasa

Bukan sambal biasa, namun diserikan dengan rasa masam dan pedas daripada pes tomyam.

Terima kasih Nurul Ateekah untuk perkongsian resepi.

Bahan : Ayam goreng tomyam pedas

1 ekor Ayam – dipotong dan dibersihkan



5 sudu besar Cili kisar

[email protected] paket Perencah tomyam

8 batang Cili padi merah



8 batang Cili padi hijau

1 batang Serai – dihiris serong

4 helai Daun limau purut



1 biji Tomato – dibelah 6

1 labu Bawang besar – dipotong bulat

5 ulas Bawang putih – dihiris



2 cm Lengkuas – dipotong

Lobak merah – tambahan

½ cawan Air



2 sudu besar Sos tiram

2 sudu besar Sos ikan

Serbuk perasa – jika perlu

Garam dan gula – jika perlu

Cara :

1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam dan goreng sehingga masak. Ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama, keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam.

3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.

4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.

5. Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) serta gaul rata.

6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan. Biarkan mereneh sebentar dan sedikit kering.

7. Angkat dan siap dihidang.

Sumber : Nurul Ateekah

Resepi ayam goreng  tomyam pedas


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi ayam masak opor merah


Sebaran :

Leave a Reply