Resepi ayam masak opor merah

Sebaran :

Resepi ayam masak opor merah
ayam masak opor merah. Macam-macam resepi ayam dah kita pelajari. Ini ada satu lagi resepi yang patut kita cuba masak bagi keluarga makan.

Ayam masak opor merah ini sangat sesuai untuk dijadikan menu utama sempena Aidilfitri. Memang sedap.

Asyik makan rendang saja pun mungkin kita akan rasa jemu di musim perayaan. Sekali sekala kenalah buat kelainan.



Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN : ayam masak opor merah

1 ekor ayam – potong 10
½ cawan minyak
1 labu bawang besar- hiris halus
6 ulas bawang merah- kisar halus
5 ulas bawang putih -kisar halus
2 biji tomato puri
2 biji tomato – cincang kasar
½ cawan air
2 cawan santan
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil kerisik
3 sudu besar bawang goreng



BAHAN KISAR :

5 tangkai cili merah
3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis
½ cm halia
1/3 cm lengkuas
4 sudu besar cili kisar

CARA:



1.Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit .

2.Panaskan minyak, tumis bawang besar , kacau hingga bertukar warna.

3.Masukkan bahan kisar dan kacau sebentar.



4.Masukkan tomato puri, tomato dan ayam yang diperap tadi, kacau.

5.Masukkan air dan kacau selama 10 minit.

6.Masukkan santan, perasa, kerisik dan bawang goreng. Masak lagi selama 30 minit hingga lembut.



Resepi Chef Amer Hamzah

ayam masak opor merah

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

Resepi Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin


Sebaran :

Leave a Reply