Kos rawatan Covid-19 di hospital swasta. Mahal ?

Tidak benar kos rawatan Covid-19 di hospital swasta melampau

PETALING JAYA: Kos rawatan Covid-19 di hospital swasta melampau adalah tidak benar. Kos perawatan Covid-19 di hospital-hospital swasta tidak melampau, kata persatuan kebangsaan yang mewakili mereka, di sebalik dakwaan seorang doktor bahawa kos itu boleh mencecah sehingga RM140,000.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh berkata kos rawatan  di hospital swasta mungkin berbeza kerana dipengaruhi faktor lokasi negeri dan daerah hospital berkenaan.

Kos rawatan juga dipengaruhi kategori rawatan yang diperlukan pesakit.

Beliau berkata rawatan pesakit Covid-19 terbahagi kepada lima kategori, dengan tiga kategori pertama merangkumi pesakit Covid-19 yang kurang serius.

Rina berlakon rider FoodPanda – Di kecam Netizen [VIDEO]

“Tetapi, untuk mereka yang dirawat di bawah kategori empat dan lima, iaitu memerlukan rawatan rapi dan bantuan pernafasan, kosnya sama tinggi dengan kos rawatan jangkitan (lain) atau pembedahan,” kata beliau kepada FMT.

Kuljit berkata perbezaan ketara dalam kos rawatan pesakit Covid-19 berbanding penyakit lain adalah lebih banyak peralatan perlindungan diri (PPE) digunakan.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang doktor di Facebook bahawa kos rawatan pesakit Covid-19 di hospital swasta boleh melebihi RM140,000.

Kuljit berkata kos itu tidak jauh berbeza daripada kos sebenar untuk merawat pesakit Covid-19 yang serius di hospital kerajaan. Bagaimanapun, katanya, kos rawatan di hospital awam diberikan subsidi oleh kerajaan demi kebajikan rakyat.

“(Sebenarnya) kos rawatan (Covid-19) juga mahal untuk kerajaan,” ujarnya.

 

Moga Muhyiddin berpijak di bumi yang nyata

kos rawatan Covid-19


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Selepas dikritik, RTM mohon maaf gelar Hamas militan

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker