Selepas dikritik, RTM mohon maaf gelar Hamas militan



Sebaran :

RTM mohon maaf. Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat permohonan maaf susulan penyiaran laporan Berita Mandarin semalam (11 Mei), yang menggelar Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebagai militan.

RTM mohon maaf. Akui khilaf guna istilah dalam laporan berita semalam

Menerusi ciapan balas di laman Twitter kepada Ismaweb.net, RTM mengakui akan kekhilafan pihaknya dalam memberi gelaran itu.

“Pihak Berita Mandarin RTM telah membuat permohonan maaf atas kekhilafan penggunaan istilah untuk pejuang Hamas dalam laporan berita semalam,” katanya.

Terdahulu, berita Mandarin yang disiarkan RTM menyatakan, “Kumpulan militan Hamas di Gaza telah melancarkan beberapa roket ke arah Jerusalem dan selatan Israel.

Setahun tak jumpa suami, wanita nekad sembunyi dalam but untuk rentas negeri

“Menyebabkan tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat Hamas di utara Gaza,” kata pembaca berita.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, militan bermaksud sedia untuk berjuang dan berperang.

Bagi istilah kedua, militan bermaksud cenderung menggunakan keganasan, kekerasan, atau tekanan kuat untuk mencapai sesuatu tujuan: pelajar.

RTM mohon maaf


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isu Palestine: Hadi dikritik netizen


Sebaran :


Leave a Reply