Resepi nasi daging & air asam tomato

Sebaran :


Resepi nasi daging & air asam tomato..pasti pikat selera

Sedapnya nasi daging ni. Dimakan pula dengan air asam tomato, memang padu. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Chef Yati Rahman ini. Pasti puas hati.

BAHAN



3 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
10 biji kurma – buang biji dan rendam
3 ulas bawang merah – kisar
bawang putih 3 ulas – hiris
3 cm halia
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar pes tomato

BAHAN TUMIS

4 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
bunga cengkih 3 kuntum
3 kuntum bunga lawang
Daun sup
Garam secukup rasa



BAHAN REBUSAN

1 kg daging segar
50 gm halia
Bawang besar
Garam secukup rasa

Cara

1.Rebus daging dengan halia, dan hirisan bawang merah sehingga empuk. Daging diasingkan setelah empuk.



2.Panaskan periuk nasi, masukkan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis , buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga naik bau.

3.Tumis pula rempah beriani hingga masak. Masukkan pes tomato dan kurma yang dikisar.

4.Masukkan air rebusan daging, susu cair, daun sup, Perasakan dengan garam. Biarkan menggelegak seketika.



BAHAN AIR ASAM

Sambal belacan
Air asam jawa
2 labu bawang merah
2 biji tomato

1.Gaulkan sambal belacan dan air asam ke atas tomato dan bawang.

2.Perisakan dengan gula dan garam secukup rasa.



Resepi Chef Yati Rahman

Resepi nasi daging & air asam tomato..pasti pikat selera


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi Nasi Tomato Bonda


Sebaran :

Leave a Reply