Chong Wei sayu lihat ‘bibik’ menangis

 

PETALING JAYA: Bekas jaguh badminton negara, Lee Chong Wei baru-baru ini di Facebook berkongsi kisah sayu pembantu rumahnya yang sudah dua tahun tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Indonesia kerana pandemik Covid-19.

Chong Wei dalam catatannya berkata beliau tidak sengaja terdengar pembantu rumahnya, yang dikenali sebagai Ani, menangis di dapur kediamannya. Ternyata wanita itu menangis kerana merindui anak-anaknya.

“‘Sorry’. Ani bukan sengaja nak kacau ‘Sir’ tidur’. Ani memohon maaf di samping terperanjat atas kemunculanku. Telefon bimbit dipegang di tangan. Muka dua darah dagingnya terpapar jelas pada skrin telefon. Satu putera, seorang lagi puteri.

“Ani bibik rumah Chong Wei semenjak 4 tahun lalu. Putih hati orangnya. Tahap dedikasi tidak dipersoalkan. Sudah lama seisi keluarga menganggap Ani sebahagian keluarga. Memang setiap tahun Ani diberi peluang balik kampung di Indonesia tetapi disebabkan Covid-19 sudah dua tahun Ani tidak jumpa keluarga dia.

“Tergamam aku pada ketika itu. ‘Ani, saya faham Ani sedih. Apa lagi sudah mau Raya. Beritahu ‘Sir’ apa Ani mahu? ‘Sir’ and ‘Ma’am’ akan cuba sedaya-upaya’, aku tanya.

“Tiada apa-apa ‘Sir’. Ani tahu komplikasi Covid-19 sekarang. Memang susah mahu keluar masuk negara,’ jawab Ani sambil mengesat air mata di pipi,” kata Chong Wei.

Polis KL dilontar mercun ketika suraikan 200 orang

Chong Wei menceritakan kepada isterinya, Mew Choo, mengenai kesedihan Ani yang tidak dapat pulang beraya di kampung bersama keluarganya.

Kerinduan Ani itu meruntun jiwa Mew Choo, yang kemudian membawa Ani membeli baju raya dan diberi duit untuk dihantar kepada keluarganya di kampung.

“Dia pun seorang ibu maka dia memang faham isi hati Ani. Keesokannya, Mew Choo membawa Ani membeli baju raya untuk Ani sekeluarga. Dilampirkan bersama duit raya, baju raya berkenaan dihantar ke Indonesia. Harap-harap pemberian sedikit ini dapat mengubati kerinduan Ani kepada keluarganya,” katanya.

Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik dalam hantarannya turut menitipkan doa agar pandemik Covid-19 dapat dihentikan agar dapat kita semua menjalani kehidupan yang normal semula.

“Walaupun tidak senang, tapi kita cuba bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Kami berdoa raya tahun depan Covid-19 telah pun ditumpaskan.

“Kami berdoa tahun depan, datuk-datuk dan nenek-nenek boleh berpeluk ketat anak-cucu. Makan raya bersama, bermain mercun bersama, bergaul mesra bersama. Kami berdoa tak lama lagi, bersamalah semua.

“Saya sudahi dengan ungkapan seperti tahun-tahun lepas. Mohon maaf ya. Seperti badminton dimulakan, kosong-kosong. Sayang semua,” katanya.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


[VIDEO] Aktres Palestin Terkena Peluru Ditembak Israel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker