[VIDEO] Burung Camar ‘Curi’ Roti

KETIKA sangat lapar, sesiapa sahaja sanggup berbuat apa sahaja bagi mendapat sesuatu untuk mengisi perut.

Bukan sahaja manusia, bahkan haiwan juga akan bertindak sedemikian walau di mana ia berada.

Kali ini melibatkan seekor burung camar yang dilihat memasuki sebuah kedai runcit sebelum mencuri roti demi kelangsungan hidup.

Rakaman yang dimuat naik oleh pengguna media sosial Twitter, Vickie, meraih sebanyak 5 juta tontonan sejak dia dimuat naik pada Isnin.

https://twitter.com/i/status/1391512263706783750

Namun ‘pencuri’ berkenaan tersekat di dalam kedai selepas pintu utama ditutup secara automatik dan hanya terlepas selepas ia dibuka semula oleh seorang pelanggan yang ingin memasuki kedai berkenaan.

Menurut seorang pengguna lain, ini bukan kali pertama burung itu bertindak sedemikian.

“Saya menyaksikan perkara yang sama di kedai itu beberapa minggu lalu.

“Burung itu sering mengunjungi kedai tersebut,” katanya.

Sumber: Twitter Vickie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker