Rahsia Laksa Utara Padu & Pekat Style Orang Niaga

Sebaran :

Salam semua, Jom kali ni Admin kongsi Rahsia Laksa Utara Padu & Pekat Style Orang Niaga khas dibawakan oleh Puan Nurul Jannah dari Ummi AtiyahAtif’s Kitchen

Bahan Utama

1 bungkus mee laksa



 

Bahan2 Rebus Ikan

1 kg ikan kembung/pelaling/sardin

3 asam keping



sedikit garam

air secukupnya

 

Bahan2 Kuah Laksa



1 btg serai (ketuk)

6 biji bwg kecil (kisar)

2 biji bwg besar (kisar)



15 btg cili kering (kisar)

air rebusan ikan

isi ikan (kisar)



air tulang ikan (kisar & tapis)

1 inci belacan bakar

1 inci halia

3 asam keping

2 btg bunga kantan

daun kesum

garam secukup rasa

 

Bahan Hiasan

telur

1/2 biji limau nipis

bwg besar (hiris)

daun selasih/daun selom (hiris)

cili padi merah (hiris)

bunga kantan (hiris)

timun (hiris)

 

Cara Penyediaan

rebus ikan dgn asam keping & garam dgn air secukupnya..dh mendidih ttp api biarkan sejuk kmudian asingkan isi & tulang ikan

kisar isi ikan dgn air rebusan…kmudian kisar pula tulang2 dgn air rebusan ikan tapis 2-3 kali dptkan airnya shj

tumis serai, bwg besar & bwg merah kisar hingga naik bau & pecah minyak..kmudian maaukkn cili kisar tumis lgi hingga pecah minyak..tmbh belacan bakar sambung tumis

masukkn isi & air tulang ikan..tmbh air rebusan ikan sikit jgn terlalu cair sngt(rujuk video)

masukkn halia,asam keping,bunga kantan,daun kesum..gaul sebati tambah garam secukup rasa masak hingga kuah agak pekat & ttp api

mee laksa rendam dlm air pnas kmudian rebus hingga lembut & toskan

hidangkan mee laksa bersama kuah laksa & bahan2 hiasan

 

JOM DAPATKAN RAHSIA DAN TIPS2 PENTING  CARA BUAT KUAH LAKSA YANG PADU PEKAT & PETUA SEDAPKAN KUAH LAKSA CARA ORANG NIAGA DI TUTORIAL BAWAH NI

 

kredit resepi: Nurul Jannah

#resepilaksautara

#caralaksakedahpadupekatsedap

#carabuatkuahlaksastyleorangniaga

#ummiatiyahatifkitchen

Rahsia Laksa Utara Padu & Pekat Style Orang Niaga


Baca Artikel Menarik

 

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kerabu Kaki Ayam Thai Lembut Sangat


Sebaran :

Leave a Reply