Resepi Seri Muka Durian Lembut Bergedik

Sebaran :

Resepi Seri Muka Durian Lembut Bergedik Sukatan Cawan

Resepi Seri Muka Durian. Ini la tajuk kueh kita petang ini. Masa PKP ni memang la kita tak boleh beli tapi apa salahnya cuba buat sendiri resepi semua dah ada tunggu apa lagi

 

Resepi Seri Muka Durian Lembut Bergedik Sukatan Cawan

Bahan2 Lapisan Bawah

1 1/2 cwn beras pulut

2 cwn santan sederhana pekat

1sk garam

3 helai daun pandan (simpul)

1sb minyak masak

 

Bahan2 Lapisan Atas

2 cwn santan pekat*

1 cwn isi durian*

1 cwn gula pasir*

1/2 cwn tepung kastard*

1/2 cwn tepung gandum*

secubit garam*

1sb minyak masak*

1sb tepung beras*

1 biji telur gred A*

1sk esen vanilla*

pewarna kuning*

 

Cara Penyediaan 

 

rendam beras pulut semalaman, tos kering masuk dlm loyang tuang santan sederhana pekat, garam,daun pandan & minyak masak gaul sebati kukus 25 minit

dh siap kukus gembur2kan pulut padat2 kan dlm loyang gores sedikit permukaan pulut

dlm stu bekas satukan bahan2 bertanda * gaul sebatikan kisar halus kemudian masak atas api perlahan sehingga naik wap ttp api tuang atas lapisan pulut & kukus kuih 40 minit

10 minit terakhir buka penutup kukus & biarkan permukaan kuih kering..kuih dh btul2 sejuk potong & sedia dihidang

 

RAHSIA SERI MUKA LEMBUT BERGEDIK & TIPS PERMUKAAN KUIH LICIN BOLEH RUJUK TUTORIAL VIDEO NI

 

kredit resepi: Nurul Jannah

Facebook Page “Ummi Masak Apa Tu”

#resepiserimukaduriansukatancawan

#serimukadurianlembutlemakmanis

#tipspermukaankuihlicin

#ummiatiyahatifkitchen


 

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Resepi Mee Suah Chinese Style Paling Mudah & Sedap


Sebaran :

Leave a Reply