Gempa kuat, cetek gegar Indonesia
Gempa kuat, cetek gegar Indonesia

JAKARTA – Gempa bumi cetek bermagnitud 6.7 menggegarkan tengah Indonesia hari ini, lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat, namun belum ada laporan segera mengenai korban atau kerosakan.
Gegaran berlaku di timur, tenggara Palu dalam wilayah Sulawesi Tengah pada pukul 10.27 pagi (waktu tempatan).
Gempa bumi itu dirasai agak kuat di Palu dan Sigi tetapi tidak menimbulkan ancaman tsunami, demikian menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik Indonesia.
Penduduk Palu dikenali sebagai Nurhaidar berkata, dia sedang memasak di dapur apabila merasakan gegaran itu.
“Tiba-tiba, seperti ada sentakan, dan kemudian seluruh rumah bergegar. Seluruh bumbung berbunyi bising, seolah-olah akan runtuh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Tok Ajak’ Hargai Pengorbanan “Pejuang Laut” Cari Rezeki
- Wanita UMNO Terus Komited Memperkasa Parti, Dampingi Rakyat – Noraini
- Kerajaan Digesa Tubuh Tribunal Khas Siasat Isu Rohingya Dan Sindiket Penyeludupan
Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop
“Saya segera cuba keluar bersama anak-anak. Walaupun kami hilang arah dan keliru seketika, kami berjaya keluar,” kata wanita berusia 42 tahun itu kepada AFP
Indonesia sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di ‘Lingkaran Api’ Pasifik.
Pada tahun 2018, gempa bumi bermagnitud 7.5 dan tsunami berikutnya di Palu telah mengorbankan lebih 2,200 orang. – AFP
Gempa kuat, cetek gegar Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Politik Tuntut Sikap Menghormati, Bukannya Tonjol Dominasi – Armand
- PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan
- Taklimat Ketua PDM Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera – Pemuda UMNO Tambun
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan
You must be logged in to post a comment.